Friday, September 22, 2017

3 Tips Motivasi sempena Maal Hijrah 1439

"1 Muharram detik permulaan, 
perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
dari kota Mekah ke kota Madinah."

Bila sebut Hari Maal Hijrah, kita mesti teringat akan kisah kesungguhan Rasulullah S.A.W berhijrah untuk mendapatkan kemenangan dalam agama. 

Kita pun patut ambil uswah (contoh) Baginda untuk lebih berjaya dan terus berjaya tahun demi tahun bersesuaian dengan kehidupan kita harini.

Jadi, harini Kak Vit nak share dengan uols 3 tips motivasi Maal Hijrah

1. Bila dan masuk tahun baru ni, kita ingat semula kejayaan demi kejayaan yang kita dah capai. Sama ada kejayaan besar mahupun kecil yang kita dah kecapi sepanjang 12 bulan lalu. Ianya memberi kesan dalam hidup kita. Bangun dan tekad untuk cipta lagi kejayaan untuk tahun baru Hijrah kali ini. 

2. Tenguk diri sendiri dan kaji selidik semua sikap riak, sombong dan ego kita. Sikap riak, sombong dan ego ni ialah umpan sikap negatif untuk menguasai diri kita. Jadi, sempena tahun baru ni, kita sama-sama buang semua sikap tersebut jauh ke dalam lautan sepi. Usah dijenguk mahupun diperhati. Risau nanti tersungkur lagi. 

3. Niat dan tekad dalam diri untuk jadi insan yang lebih baik. Jadi insan yang beri manfaat pada orang lain. In Shaa Allah hidup kita lebih bahagia sebab kita gembira lihat orang lain pun bahagia. Ubah mentaliti dan ubah diri untuk jadi orang yang lebih berguna dari sebelumnya. 

Jemput #share reramai, moga kita semua dapat pahala. 


Salam Maal Hijrah untuk semua sahabat dan followers kesayangan Kak Vit. :))

Lots of Love


Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile: 012-2541296      
Emel: rafaliah@yahoo.co.uk

2 comments:

YB Shehan

cuba bersyukur dgn apa yg ada dan merubah sikap ke arah lebih baik. moga kita murah rezeki di tahun baru ini. aminnn

Bunda_nora

Salam perkenalan dan salam maal hijrah dari bunda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, Kota Warisan, Dengkil, Putrajaya. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in