Monday, July 24, 2017

Tips diet dengan epal hijau

Sebab weekend baru ni dah seharian beropen house, makanya harini Kak Vit nak kembali ke pangkal jalan. 😅 

Nak diet semula harini. Hikhik. So.
Kak Vit nak share cara Kak Vit diet dengan epal hijau. Korang mesti dah terbayang rasa masam, masin dan manis epal hijau tu kan. 

Tapi, tapi, tapi.
Sebenarnya epal hijau ni berkesan untuk menurunkan berat badan. Jika kita makan sebiji epal yang berukuran sederhana 15 minit sebelum makan boleh mengawal nafsu makan yang tinggi. Wow! 😱

3 kelebihan epal hijau:
1. Sebiji epal mengandungi anggaran serat sebanyak 3 gram. Serat memudahkan proses detoks, elak sembelit dan upkan metabolisme badan.

2. Kaya dengan karbohidrat iaitu dengan anggaran 22 g per 154 g epal. Karbohidrat dapat bantu memanjangkan rasa kenyang.

3. Kaya dengan Vitamin A, C dan B-Complex. Kesemua vitamin ini membantu meningkatkan oksigen dalam darah dan melindungi kulit daripada kesan berbahaya seperti radikal bebas. Itu sebab sape-sape diet dengan epal hijau bukan setakat kurus je tapi kulit pun jadi cantik merelip. 😍 


So. Camane nak turunkan berat badan 2kg seminggu dengan diet epal hijau ini?

Ok. Ini cara diet epal hijau yang Kak Vit sedang praktiskan sekarang. Setakat ni Kak Vit dah turun hampir 2 kilo dalam masa seminggu dengan diet ini.

Sarapan: Oatmeal + Milo + ESP

Snek 10.00 pagi: Jus Epal Hijau

Lunch: Makan juadah lunch macam biasa. Tapi kurangkan portion. Kendian minum Jus Epal Hijau.

Snek Pukul 3: Jus Epal Hijau

Makan Malam 6.30 ptg: Makan juadah dinner macam biasa. Kurangkan portion. 

10 malam sebelum tidur : Jus Epal Hijau + ESP

* Minum air masak al least 3 liter satu hari. You all akan rasa ada penurunan 1 @ 2kg seminggu.

Tapi perlu ingat, jus epal ni di blend sendiri, tak perlu tapis sebab fibernya yang akan buat kita rasa kenyang. 

Oh ye. Lagi satu bila dah potong epal hijau ni cecepat makan atau blend. Jangan biarkan gitu je sebab antioksidan dalam epal ni akan dibebaskan ke udara. 

Apa lagi ye? Jom #Share reramai untuk sama-sama kurus dan cantik. 

Lots of Love




Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile: 012-2541296      
Emel: rafaliah@yahoo.co.uk


6 comments:

PeRdU cINta

Moga mencapai sasaran ya...dan istiqhomah 😊

lia ummiirfan

In Shaa Allah. Tq sahabat semua. Muahciked.

Husna Rahman

huhu ku xsuka epal ijau...prefer epal merah

Ninie

Wah!!! Bagusni epal hijau. ESP mmg sedap campur ape2 pun. Kalau x campur pun dh ok, apatah lagi letak mcm2 milo ke...fuh, lagi sodap. Oat xsuka, hihihi....

Feel free to grab this chocolate giveaway segment at https://ciknurul23.blogspot.my/2017/07/chocolate-fan-giveaways-by-sii-nurul.html

Siti Yang Menaip

sukaaa epel..!! hijau or merah kita suka je hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, Kota Warisan, Dengkil, Putrajaya. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in