Friday, July 7, 2017

Pertolongan Allah sentiasa tepat waktunya

Kisah ni kisah sebelum raya. Kakak dah lama nak share. Tapi harini baru sempat nak up kisah ni. 

Teringat masa Ramadhan haritu, Kakak gi shopping baju raya anak-anak. Masa nak balik tu, as usual kena bayar parking dulu sebelum ke kereta. Kat mesin autopay tu beratur dah panjang sampai lenguh kaki jugaklah berdiri lama. Hihi.

Tiba turn Kakak nak bayar, Kakak masukkan tiket dan tengok amount RM2. Jadi Kakak masukkan duit RM10. Sebab dah takde duit kecik. 

Tapi.
Duit dok keluar je setiap kali Kakak masukkanya. Aishh. Takmo telan duit pulak mesin ni. Dok keluar masuk keluar masuk gitu dah 3-4 kali. 

Adududu. Takkan nak gi tukar duit pastu nak beratur balik. Dengan dua orang hero ni lagi. Mau jap lagi depa start drama swasta judul mengamuk. 

Dan tiba-tiba. 
Terdengar satu suara dari belakang Kakak,
"Kak, mungkin mesin tu tak terima duit RM10."

"Oh ye ke." Alamakk camane ni. Kepala dok ligat pikir nak buat apa masa tu. 

"Ehhhh. Takpe kak, saya bayarkan je. Tak banyak pun." kata adik manis tu. 

"Betul ke ni? Alahai malunya akak."

"Ehh takyah malu. Kesiyan kat akak nanti nak kena beratur balik. Panjang line ni. Takpe saya bayarkan ye."

Tanpa fikir panjang Kakak pun setuju. Sebab tengok barisan kat belakang ramai lagi dok beratur. 

"Terima kasih ye dik."

"Sama-sama."

Kakak speechless. Masuk dalam kereta terdiam. Dalam keadaan terdesak gitu masih ada orang yang baik-baik Allah kirimkan untuk membantu. 

Sungguh pertolongan Allah itu bukan datang terlalu cepat. Mungkin juga tidak terlalu lambat. 

Tapi pertolongan Allah itu selalu datang pada saat yang TEPAT.

Lots of Love




Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile: 012-2541296      
Emel: rafaliah@yahoo.co.uk 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, Kota Warisan, Dengkil, Putrajaya. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in