Friday, June 2, 2017

5 Kehebatan Ibu Menyusu

Ibu menyusu,
hebat tak hebat diri kita, hanya Allah sahaja yang tahu.
Perjuangan menyusukan anak sehingga umur 2 tahun bukanlah sesuatu yang mudah.
Kami memerlukan sokongan suami yang padu.


Ramai ibu-ibu menyusu yang terkandas di pertengahan perjuangan mereka tapi mereka tidak berputus asa dan terus berjuang demi anak yang satu.

Kerana mereka sedar dan tahu banyak kelebihan menjadi seorang ibu menyusu.


1. Menyusu badan umpama berlari 10km sehari
Menyusu badan membakar hampir 1,000 kalori sehari. Memang tidak nampak seperti itu tapi, badan ibu menyusu berlari 10km setiap hari.



2. Menyusu badan ialah keajaiban biologi
Susu badan mempunyai banyak kebaikan kesihatan yang menakjubkan, tapi yang paling mengkagumkan ialah bagaimana badan awak menjadi tunjang sistem imunisasi untuk bayi kita.
Jika bayi kita sakit, badan awak dapat mengenal pasti virus itu melalui penyusuan badan dan membina antibodi untuk melawan jangkitan itu dan kemudian menghantar antibodi ini melalui susu badan yang diminum bayi kita untuk melawan sakit itu.



3. Menyusu badan menjimatkan RM3,000 setahun
Serius. Susu formula sangat mahal.




4. Lebih keajaiban biologi
Badan seorang ibu sangat menakjubkan dan mampu mengubah kandungan dan ramuan nutrien susu ibu mengikut keperluan bayi, termasuklah mengubah kandungan air menjadi lebih banyak di hari yang panas kerana bayi memerlukan lebih hidrasi.



5. Ibu menyusu adalah orang yang paling berani dan kuat.
Kenapa mereka kuat? Sanggup bangun di tengah malam dikala semua orang tidur demi untuk mengepam susu dan menyusukan anak. Tidak hirau apa kata orang jika mereka terpaksa menyusu di kawasan public.


Bersyukurlah jika kita seorang ibu menyusu hari ini. Kita adalah insan terpilih untuk menyahut seruan Allah demi amanah yang diberikan.


Lots of Love

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile: 012-2541296      
Emel: rafaliah@yahoo.co.uk

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, Kota Warisan, Dengkil, Putrajaya. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in