Monday, May 8, 2017

Orang bisnes perlu sentiasa upgrade ilmu

Tau kan camane orang berbisnes tapi kurang ilmu? Haa. Macam tulah Kakak sebelum ni. Walaupun 4 tahun berbisnes menggunakan blog, tapi bila nak masuk platform baru, game nya dah lain. Banyaakkkk nak kena belajar. Itulah ada pepatah kata, masuk kandang kambeng mengembek, masuk kandang kerbau menguak. 

Tapiiii Kakak bukan nak jadi kambeng atau kerbau. Hehe. Kakak nak jadi seorang bisnes strategist yang berilmu. Jadi belajar balik dari mula. Turunkan ego dan lapangkan dada. Camane Kakak boleh terjatuh cinta dan join kelas Cikgu June? Panjang ceritanyaaaa. 

Takpe, Kakak pendekkan. Kita throwback sikit. Kakak tak pasti camane tetiba je iklan Cikgu June lalu kat newsfeed Kakak. Mungkin masa tu Kakak ada search keyword 'Storytelling' dan 'Copywriting'. Mula-mula baca tu, Kakak 'oooo' kan ajer. Hehe. Pastu esok lusa, tulat, tonggeng, melintang, menegak, lalu lagi. Sokmo naik kat newsfeed Kakak ni. Terus Kakak sekodeng wall cikgu. Pastu ada pulak fb Live Cikgu sempena 20k followers tu. Haa, kat situlah first time Kakak tercetus perasaan nak berguru dengan Cikgu June. Tapiiiiii masa tu tertanya-tanya, mampukah Kakak berguru dengan suara petir cikgu? Kau bayangkan Erra Fazira memetir. Haa, camtulah. Yang ni ada kilat sabung-menyabung sekali. Kau rasa?

Kakak beranikan diri nak berguru jugak dengan Cikgu June. Biarlah petir ke, kilat ke, guruh ke, yang penting Kakak sendiri nak rasa dan dalami ilmu. 

Kelas pertama Kakak dengan Cikgu June bulan April haritu. Kelas Basic Online Positioning (BOP).

Antara ilmu yang paling terkesan ialah:
1. Teknik nak sediakan 'umpan' untuk audiens/prospek/pembaca. Haa.. bukan main taram je bagi umpan taw. Ada caranya. Dan jika umpan mengena, In Shaa Allah, sales akan ada.
2. Cara nak add friends dan prospek dengan betul. Yelah, macam Kakak berniaga vitamin untuk Geng Mak Jemah takkan nak add mat rempit pulak. Hehe. 
3. Teknik untuk up post di fb wall. Ni ada teknik sebenarnya bukan main belasah hapdet status taw. 

Kendian, saya masuk pulak Worksyop Penulisan. Woww. Terbeliak mata Kakak yang dah memang sedia bulat ni. 

Ilmu menulis di blog dan fb are totally different! Kalau kat blog kau boleh tulis sampai 10 perenggan, kat fb kau kena "squeeze" jadikan 3 perenggan! Haa. Camane  nak buat tu? Challenging kan bunyinya. Itulah sebabnya kita kena belajar. Kakak pun belajar "menulis" balik. 

Bila dah belajar dengan Cikgu June, Kakak prektis ilmunya. Alhamdulillah lepas 2 minggu dah boleh buat copywriting santai, pendek dan padat. Dannnn Kakak terus prektis, prektis dan prektis menulis sehingga sekarang. 

Ini pulak gambar Kakak dengan Cikgu June. Masa nak ambik gambar ni, 

Kakak cakap, "Cikgu, nak ambik gambar dengan cikgu, boleh?"

"Boleehhhhh. Jom, jom kita bergambar kat sini." (cikgu terus menuju lectern).



Borak punya borak. Ehhhhh. Best pulak berborak dengan cikgu. Feeling dia lain. Rasa nak bercerita je tak berenti-renti. Hehe. 

Cikgu June seorang cikgu yang garang. Suara petir sokmo. Korang kalau join kelasnya memang akan rasa Cikgu memetir. Tapiiiiiii, cikgu memetir dengan kasih sayang. Sebenarnya, Kakak suka je Cikgu June memetir disulami kilat sabung-menyabung. Rasa segar sokmo dalam kelas. Ilmu pun masuk berdesup-desup. Bila keluar kelas, tudiaaaa..otak tepu dan penuh macam belon tunggu nak meletup. Balik rumah terus buat apa yang dah belajar dalam kelas. 

One thing Kakak noticed, bila menulis dengan menggunakan teknik dan tips Cikgu June, Kakak dapat release rasa kasih sayang, suka, tension dan stress melalui penulisan. Sesuatu yang selama hari ni Kakak tercari-cari. Tapiiiiii, bukan lepaskan tension dan stress sembrono. Maksudnya kita menulis dan lepaskan emosi kita di situ. Haa.. Camane tu kak? Nak tawu you all kenalah join kelas-kelas Cikgu June hokkeyy. Sebab Cikgu June je ada tips tu!

All in all, Kakak bersyukur dapat join kelas kalini. In Shaa Allah next time nak join lagi. Seronokkkk sangat! Thank you Cikgu! 😘 

Lots of Love


Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile: 012-2541296      
Emel: rafaliah@yahoo.co.uk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, KLIA, Nilai, Cyberjaya dan Sepang. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in