Sunday, March 5, 2017

Kegembiraan adalah untuk dikongsi bersama

Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Lama betul Kakak tak hapdet blog. Tapi harini Kakak nak kongsi cerita bisnes sikit bagaimana Kakak pasti semua orang ada impian. Begitu juga dengan Kakak. 


Masa mula bisnes tahun 2011, kakak pakai kereta kecik. Kereta itulah ke tempat keja. Kereta kecik itu jugalah ambil dan hantar Irfan ke taska. Kereta itu jugalah "kedai bergerak" kakak. Masa tu kakak masih buat bisnes secara part-time. Kat belakang keta dan bonet keta penuh stok. Setiap hari bawak ke tempat kerja. Sebab bila balik kerja atau lunch time ada customer order, kakak dah ada ready-stock in hand. Gitu. 


Biarlah berkereta kecil tapi kakak happy sebab keta kecik ni banyak kelebihan. Boleh selit sana-sini, boleh parking kat tempat yang sempit dan boleh rempit ligan traffic light. hehe. Bila dah masuk tahun kedua berbisnes, kakak dah aim nak beli keta besar dengan hasil duit bonus. Bukanlah keta besar yang "besar" tu tapi cukuplah sekadar boleh masuk stok berkotak-kotak kat dalam keta, boleh naik ramai-ramai, boleh balik kampung dengan selesa (sebab kampung kakak dan suami jauh nun di utara), boleh tolong orang lain nak tumpang sama. Kakak lakarkan impian kakak di atas kertas dan tengok setiap hari. 


Alhamdulillah, tahun ketiga berbisnes kakak dapat capai impian kakak nak kereta baru dan besar tu. Masa dapat kereta tu, malam tu terus balik kampung. hihi. Betapa terujanya kakak! Nak tunjuk kat mak, mak ayah mertua dan semua adik-beradik. Bukanlah nak "menunjuk" tapi nak kongsi kegembiraan bersama-sama. Kalau dulu kereta kecil boleh naik kami sekeluarga je tapi kali ini mak ayah dan adik-beradik boleh naik keta tu sama-sama. Perjalanan menjadi lebih seronok sebab banyak perkara boleh dikongsi bersama. Kakak rasa best giller. 


Kakak pasti semua orang ada impian nak berkereta besar. Jangan lupa lakarkannya di atas kertas. Tak kisahlah istilah "kereta besar" kita tu camane kan, tapi, bila dah ada impian, niatkan dalam hati, andai esok aku berkereta besar aku nak bawak mak ayah dan keluarga naik kereta ni sama-sama, nak bawak kereta ni untuk perjalanan yang membawa barokah contohnya tolong hantar makanan ke rumah anak-anak yatim ke atau apa-apa tujuan yang membawa kita ke jalan yang diredhai Allah. 


Satu pesan kakak, biarlah impian kita tu boleh dikongsi bersama mereka tersayang dan orang sekeliling, serta memberi manfaat dan saham untuk akhirat nanti. 



Lots of Love

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      
Emel: rafaliah@yahoo.co.uk

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, KLIA, Nilai, Cyberjaya dan Sepang. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in