Saturday, March 18, 2017

Hobi traveling tapi hampir-hampir jadi pelarian

Hobi Kakak suka traveling. Kalau dikira adalah dekat 20 negara dah jelajah. Ehhh, takdelah banyak. hehe. Tapi dalam banyak-banyak negara Kakak travel, pengalaman travel di Paris adalah yang Kakak tak boleh lupa sampai sekarang. 

Masa di Paris beg Kakak kena snatched. Wallet, passport, student card, handphone semuaaaalah hilang. Menangis teruk Kakak kat tengah-tengah bandar Paris tu. Kawan-kawan pun terkedu dan buntu tak tau nak buat ape. Gila kau jadi pelarian di negara orang. Macamane niiiiiii??

Masa kejadian tu kami bereempat termasuk Kakak. Kami naik tren Metro nak ke next destination. Kakak pakai sling bag. Masa dalam tren Kakak leka berborak dengan kawan-kawan, sedar-sedar keluar dari tren, pegang sling bag dah ringan dan kosong! Menggigil tubuh badan terus menangis. Stress Kakak memikirkan nak keluar Paris tak boleh, nak masuk Uk semula tak boleh, paling sadis membayangkan nak balik Malaya pun tak bolehhhhh! 

Kakak dah tak boleh pikir apa nak buat. Blank terus. Kawan Kakak sorang ni cari nombor fone kedutaan Malaysia. Terus call dan Duta kata pegi balai polis buat report dan ambil gambar passport sesiap so Kedutaan akan keluarkan temporary passport supaya boleh masuk Uk. Nasib baik ada kawan-kawan yang tenangkan Kakak. 

Cabaran masa nak cari balai polis. Masa tu dah petang sangat. Kena cari cepat sebab nanti dah gelap lagi susah. Redah je tanya local French tapi kebanyakan mereka tak boleh cakap English. Sudahnya kami ke tren station dan tanya kat information counter mana balai polis terdekat. Akhirnya jumpa. Fuhhh, lega. Masa di balai polis pulak ada sorang je polis yang boleh cakap English. Bolehlar. Dia yang ambil all the details. Dan polis tu bagitau jika mereka jumpa passport Kakak bermaksud yang mencuri tu adalah mereka yang terlibat dengan sindiket passport palsu. Jika mereka tak jumpa bermakna yang mencuri tu adalah pickpocket and it could be anywhere dia dumped passport Kakak. Oklah, tak kisah dah. Janji Kakak boleh masuk Uk dulu. 

Next, dah settled di balai polis kami ke Kedutaan Malaysia. Masa tu dah 6.30pm. Masa sampai di kedutaan Kakak rasa lega sangat dan rasa selamat. Macam dah sampai Malaya je rasanya. Dapat call parents dan housemate kakak di Uk. Bertambah lega. Menteri di kedutaan keluarkan passport sementara untuk Kakak. Dapatlah Kakak masuk Uk dan balik Malaya. 

Kakak ingat lagi staff kat kedutaan bagitau kat Paris memang trend beg kena snatched especially bila kita berjalan in a group. Mereka ni semua professional. Snatched beg tanpa kita sedar. Tau-tau dah hilang semuanya. Jadi kena hati-hati. Alhamdulillah, lepas sebulan tiba di Malaysia, Kakak dapat kembali passport yang hilang tu diposkan oleh Kedutaan Malaysia di Paris. 


Lots of Love

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      
Emel: rafaliah@yahoo.co.uk

1 comments:

Dewi Aja

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, KLIA, Nilai, Cyberjaya dan Sepang. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in