Wednesday, September 28, 2016

Tips Melancong Luar Negara - sentiasa dalam mode bersedia

Entri ini adalah sambungan dari entri sebelum ini. Saya kongsikan tips seterusnya iaitu bila kita berada di luar negara, kita mesti sentiasa dalam mode bersedia. 

Pernah suatu ketika saya travel dari Uk ke Spain. Musim sejuk masa tu.. kekonon Spain tak sesejuk Uk lah.. bawak ler selai jacket.. sampai kat Barcelona memang lah tak sesejuk Uk.. seronoklah kan.. nak juga merasa panas dah lama benor rasa sejuk siang malam.. tapiiii.. bila sampai kat Madrid, perghhhh.. sejukkk! Angin tiup bukan sepoi-sepoi bahasa dah, tapi sepoi-sepoi Matematik! Haa.. amekaww..! bawak selai jacket je kan.. merasalah kau sejuk sampai ke tulang sum-sum.. bila dah sejuk mulalah kita akan rasa seram sejuk nak demam dan selsema bagai.. jadi bawaklah bekalan ubat-ubatan siap-siap.. sebab nak cari ubat kat negara orang kita tak tahu nak cari kat mane dan lagi satu nak bertanya pun orang susah nak faham. Kena pulak kes macam saya kat Spain, orang2 sana tak fasih English.. lagilah susah kan.. lepas tu, kita kena siap sedia bawak je EXTRA jacket.. especially waktu musim autumn-winter tu. Cuaca dan suhu tak menentu.. Kasut dan stokin pun sama jugak.. pastikan kasut yang kita pakai tu kalis air, tahan cuaca sejuk dan comfort bila berjalan kaki.. kang tak pasal-pasal duit terlebih belanja sebab nak beli selai jacket, kasut dan stokin lain.. 


Jadi, bila kita nak melancong luar negara ni boleh prepare extra baju dan jacket. Tambahan pula bila kita ada anak-anak kecik, definitely mesti extra prepare. Tapi kalau ada bawak duit lebih boleh je shopping kat sana.. hehe.. 

Love

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      
Emel: rafaliah@yahoo.co.uk

**COD disekitar Banting, Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Kota Seriemas, Bandar Enstek, Nilai, Putrajaya.
>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, KLIA, Nilai, Cyberjaya dan Sepang. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in