Friday, September 30, 2016

Tips Bisnes - Buat Analisis setiap tahun

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua sahabat! Alhamdulillah hari Jumaat dan hari terakhir di bulan September. Cepat betul masa berlalu dah nak habis bulan September rupanya. Saya suka buat analisis bisnes pada bulan September setiap tahun. Dengan ini saya dapat tahu trend bisnes saya setiap tahun. Kenapa bulan September? Tiada sebab utama. Anda pun boleh pilih bulan mana yang anda nak buat analisis bisnes atau performance kerja anda setiap tahun. 

Dalam bisnes pasti ada turun naiknya. Itu perkara biasa. Saya pun begitu jugak. Setiap tahun buat analisis boleh nampak performance bisnes saya. Jadi bila kita buat analisis ini mudah untuk kita buat strategi dan pelan tindakan seterusnya. Bisnes mestilah professional kan! 😃😆


Saya juga jatuh dan bangkit banyak kali dalam masa 5 tahun ini. Perkara yang perlu kita buat ialah persediaan untuk menghadapi saat kejatuhan. Dan yang paling penting ialah bagaimana kita bangkit. Jika sudah jatuh tergolek, tersungkur, tersembam, bangkitlah dengan apa cara sekalipun. Allah tidak pernah menghampakan hamba-hambaNya yang bersabar dan berusaha. 😎💪💪

Holy Quran 2:45
------------------
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ

Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',

Holy Quran 2:46
------------------
الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَاقُو رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

(yaitu) orang-orang yang meyakini, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya.

Selamat beranalisis sahabat semua. Saya doakan kita semua berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang setiap tahun. Ameen. 

Love

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      
Emel: rafaliah@yahoo.co.uk

**COD disekitar Banting, Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Kota Seriemas, Bandar Enstek, Nilai, Putrajaya.
>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 


Wednesday, September 28, 2016

Tips Melancong Luar Negara - sentiasa dalam mode bersedia

Entri ini adalah sambungan dari entri sebelum ini. Saya kongsikan tips seterusnya iaitu bila kita berada di luar negara, kita mesti sentiasa dalam mode bersedia. 

Pernah suatu ketika saya travel dari Uk ke Spain. Musim sejuk masa tu.. kekonon Spain tak sesejuk Uk lah.. bawak ler selai jacket.. sampai kat Barcelona memang lah tak sesejuk Uk.. seronoklah kan.. nak juga merasa panas dah lama benor rasa sejuk siang malam.. tapiiii.. bila sampai kat Madrid, perghhhh.. sejukkk! Angin tiup bukan sepoi-sepoi bahasa dah, tapi sepoi-sepoi Matematik! Haa.. amekaww..! bawak selai jacket je kan.. merasalah kau sejuk sampai ke tulang sum-sum.. bila dah sejuk mulalah kita akan rasa seram sejuk nak demam dan selsema bagai.. jadi bawaklah bekalan ubat-ubatan siap-siap.. sebab nak cari ubat kat negara orang kita tak tahu nak cari kat mane dan lagi satu nak bertanya pun orang susah nak faham. Kena pulak kes macam saya kat Spain, orang2 sana tak fasih English.. lagilah susah kan.. lepas tu, kita kena siap sedia bawak je EXTRA jacket.. especially waktu musim autumn-winter tu. Cuaca dan suhu tak menentu.. Kasut dan stokin pun sama jugak.. pastikan kasut yang kita pakai tu kalis air, tahan cuaca sejuk dan comfort bila berjalan kaki.. kang tak pasal-pasal duit terlebih belanja sebab nak beli selai jacket, kasut dan stokin lain.. 


Jadi, bila kita nak melancong luar negara ni boleh prepare extra baju dan jacket. Tambahan pula bila kita ada anak-anak kecik, definitely mesti extra prepare. Tapi kalau ada bawak duit lebih boleh je shopping kat sana.. hehe.. 

Love

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      
Emel: rafaliah@yahoo.co.uk

**COD disekitar Banting, Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Kota Seriemas, Bandar Enstek, Nilai, Putrajaya.
>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 

Monday, September 26, 2016

Kesan HB rendah kepada ibu hamil dan bayi di dalam kandungan serta tips mengatasinya



Saya pasti ibu-ibu hamil pernah alami masalah begini. Sama juga seperti saya. Ibu-ibu hamil ada alami 3 masalah seperti ini?
1. Cepat letih dan lemah
2. Rasa pening dan kepala pusing
3. Rasa nak pitam bila bangun dari pembaringan atau pergerakan cepat dari duduk ke berdiri

Keadaan sebegini sangat bahaya dan memberi kesan tidak elok kepada ibu dan bayi dalam kandungan. Antara 5 kesan bahaya Hb rendah ialah:
1. Ibu boleh mengalami keguguran
2. Risiko bayi lahir pra-matang
3. Ibu boleh mengalami pendarahan semasa bersalin
4. Anak lemas semasa lahir
5. Mengalami kegagalan jantung

Atas sebab inilah saya ambil langkah menaikkan hb rendah dan mengekalkannya demi untuk bayi saya. 

Ini tips untuk ibu-ibu boleh naikkan HB.
Ambil makanan yang boleh tambah darah seperti bayam, seafood, daging, kacang-kacangan dan bijirin. Tapi, takkan nak makan hari-hari kan, makanan tu. Kalau makan pun, tak boleh nak makan banyak-banyak sekaligus. Masih tak cukup untuk tambah darah. Nak dapatkan sumber yang fresh dan berkualiti pun agak sukar sekarang ni. 

Mahu tahu cara tambah darah dan naikkan HB dengan cara pantas?
Saya amalkan pengambilan 2 biji multivitamin bersama Vitamin C setiap hari. Alhamdulillah, HB saya kekal "cantik" bacaannya. Multivitamin yang saya ambil dilengkapi dengan zat besi, jadi tak perlu untuk ambil pil zat besi lain. Dan untuk penyerapan zat besi yang unggul, saya makan bersama-sama Vitamin C. Saya juga lebih cergas dan bertenaga melakukan kerja-kerja harian walaupun sekarang ini saya sedang hamil anak ketiga. Saya syorkan ibu-ibu hamil mengambilnya juga, in shaa Allah Hb akan naik. 😎

Love..

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      
Emel: rafaliah@yahoo.co.uk

**COD disekitar Banting, Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Kota Seriemas, Bandar Enstek, Nilai, Putrajaya.
>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 


Friday, September 23, 2016

Rezeki di sebalik musibah

Assalamualaikum dan Salam Jumaat. Hidup kita ini tidak sunyi dari dilanda ujian dan dugaan daripada Allah. Semua itu sebenarnya meningkatkan kefahaman kita tentang kehidupan alam ini dan membentuk jati diri kita sebagai seorang mukmin dan mukminah. 

Bila ujian datang melanda, itu petanda ada rezeki besar akan masuk. Mak saya selalu pesan begitu. Kena kuat sabar kata mak.. 

Ada tiga perkara yang sering saya perhatikan;
Bila anak-anak tidak sihat, demam teruk, Allah akan kirimkan "bantuannya" dengan kefahaman ilmu.
Bila saya tidak sihat, Allah akan berikan idea dan ilham yang tidak putus-putus.
Bila berlaku kesusahan, Allah permudahkan jalan untuk menyelesaikannya tanpa ada satu pun halangan. 

Inilah bentuk rezeki yang Dia berikan kepada kita. Maka hendaklah kita bersabar dengan setiap ujianNya. Kerana di hujung setiap kesabaran kita itu menanti sebuah kemanisan. 


Holy Quran 2:155
------------------
وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.

Love..

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      
Emel: rafaliah@yahoo.co.uk

**COD disekitar Banting, Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Kota Seriemas, Bandar Enstek, Nilai, Putrajaya.
>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, Kota Warisan, Dengkil, Putrajaya. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in