Friday, August 26, 2016

Tips Melancong Luar Negara - Buat Checklist

Siapa kat sini suka travel? Mesti semua suka kan! hehe.. Tak kiralah dalam negeri ke luar negeri ke, tapi part yang paling seronok masa traveling ialah kita banyaaaaakkk belajar. Tentang budaya, bahasa, amalan sesebuah negara tu. Apa nak buat bila berlaku emergency. Apa nak buat bila tiba-tiba cuaca berubah dan macam-macam yang kita boleh belajar lagi. Of course traveling ni nak lihat bumi ciptaan Allah. Berbeza tau setiap negara ni. Nak kata saya ni banyak travel ke luar negara tu takdelah sangat.. hehe.. tapiiii.. zaman study di Uk dulu ada juga travel few negara dengan kawan-kawan.. dan sejak berumahtangga ni ada jugak ke luar negara ... BEZA tau travelling sengsorang dengan berfamily ni.. 


BEZA traveling sengsorang ni ialah kita tak payah pikir banyak nak bawak barang ape, sape punya, apa yang diperlukan lagi.. bila sengsorang ni kira kita packed backpack kita je.. dah tentulah mudah kan.. hihi.. takyah kalut nak pikir baju suami, baju anak-anak.. lagi satu bila sengsorang ni boleh travel light. Seingat saya masa student dulu saya travel bawak 28 liter backpack sahaja. Cukup satu tu. segala mak nenek ku sumbat selagi muat.. hehe.. Tapiiii.. bila dah berfamily dan beranak ni.. beg pun akan beranak jugak.. hehe.. beg kita, beg suami, beg anak-anak.. segala barang mak nenek sefamily kita siapkan.. Nak MUDAH, BUAT CHECKLIST. Checklist tu buat column "before" and "after".. (dah macam testimoni pulak ye..hihi..).. before tu barang2 yang kita prepare kat rumah.. dan after tu kita tandakan masa nak prepare BALIK KE RUMAH. Maksudnya CHECKLIST yang SAMA kita bawak. Jadi mudah kita nak track semula apa barang yang takde atau hilang. Kalau tertinggal dalam Malaya takpe lagi, ni dibuatnya tertinggal kat Auckland! Haaa.. nanges! babai jelah.. hihi.. Jadi, anda yang nak travel bersama family pastikan BUAT CHECKLIST untuk barang-barang yang nak di bawa ok! Boleh ajar anak-anak pasal Checklist ni jugak jadikan anak-anak independent dan bertanggungjawab atas barang sendiri. 

Ok sekian tips pertama daripada saya. Nanti saya akan sambung lagi di entry yang akan datang.. tunggu tau.. :))

Love..

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      
Emel: rafaliah@yahoo.co.uk

**COD disekitar Banting, Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Kota Seriemas, Bandar Enstek, Nilai, Putrajaya.
>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 

2 comments:

Rohani Hashim

Sejak ada anak ni mmg xpernah travel jauh jauh lg. Ha bg la tips ye nanti kalau nak travel senang boleh check dulu tips dr blogger lain ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, KLIA, Nilai, Cyberjaya dan Sepang. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in