Monday, August 8, 2016

Happy World Breastfeeding Week! This is my breastfeeding journey

Rasanya masih belum terlambat untuk wish semua breastfeeding moms out there Happy World Breastfeeding Week! Saya percaya ibu-ibu menyusu mendapat pengalaman yang amat manis sepanjang sesi penyusuan anak-anak anda. ☺️☺️

Bila cerita tentang breastfeed ni masih ingat masa awal-awal menyusukan Yusuf. Ya Allah, dugaannya berat sungguh! Allah sahaja Yang Maha Mengetahuinya. Saya pasti semua ibu menyusu juga merasakan apa yang saya rasa. ☺️ Bukan mudah ye seorang ibu menyusu mahu menjayakan sesi penyusuannya. Kami memerlukan sokongan moral daripada keluarga, orang sekeliling dan terutamanya suami. 😘😘😘 

Saya ingat lagi 6 bulan pertama menyusukan Yusuf hari-hari kena bengkak susu. Menangis? Mestilah! haha.. sakit kot! Puncanya sebab susu saya terlampau banyak dan Yusuf kekenyangan dan saya pulak tertidur (sila baca culas pam.. hihi..) jadi tu yang berlaku bengkak susu. Ibu-ibu menyusu jangan tiru macam saya ni tau.. jangan culas pam nanti bengkak susu. Setiap 2-3 jam sekali mesti susukan anak, dan jika anak kenyang silalah pam susu ye. 

Lepas tu bila dah kerap menyusu mulalah asyik kelaparan je.. hehe.. alasan nak makan banyak kan.. jadinya setiap kali lepas menyusu atau pam mesti makan nasik. Alhamdulillah in between meal tu saya minum ESP, kalo idak mau kembang setaman badan ni haaa.. 😂😂

Paling seronok menyusu waktu Yusuf berumur 4 bulan. Masa tu kita pun dah terer sikit kan.. ececece.. dah boleh timing dah pukul berapa nak bagi susu dan pukul berapa nak pam, pukul berapa nak melantak dengan jayanya.. 😄😝 Masa tu badan pun dah rasa normal balik, rasa sihat. Continue je makan vitamin Set Menyusu tu. Penting sangat bagi saya vitamin ni sebab ini juga merupakan salah satu sokongan moral kekdahnya.. hihi.. kalo takde vitamin mau melepek longlai.. ! Oh ye! Air kosong pun saya konsisten minum 3.8 liter sehari.. Dengan kuantiti air yang banyak gitu ku rasa inilah juga salah satu sebab susuku banyak mencurah-curah.. 😁😁

               Yusuf dah besor dah..

Dan yang paling saya perasan ialah Yusuf susah nak demam, kalau selsema pun cepat baik. Sehari dua dah ok. Jarang sangat jatuh sakit. Tulang kuat, badan kental.. dan of course bijak sangat. 😍😍 itulah dia efek susu ibu. 

Paling best bila berat badan saya dapat turun dengan jayanya (walaupun melantak nasik siang malam pagi petang.. ) dalam masa 37 hari sahaja! Berat last masa pregnant ialah 68kg ye.. naik 20kilo hokkeyy.. hari ke-37 saya dapat turunkan berat badan ke 54 kilo. Rahsianya saya makan Omega Guard. Ini tak tipu.. memang betul.. saya sendiri rasa lepas makan Omega memang giller-giller berat badan turun.. berdesup turunnya. Sampai suami kata, 'Ok, stop dah tak payah turunkan lagi berat badan.. ni dah cantik dah.. ' 😍😍😍



Itulah serba sedikit kisah saya menyusukan Yusuf dari mula lahir sampailah Yusuf umur 2 tahun 8 bulan. Lama menyusukan dia. Masa Abam Irfan tak dapat lama gini. Alhamdulillah atas rezeki Allah berikan. 

Sesungguhnya breastfeeding journey banyak mengajar saya erti kesabaran, kuatkan semangat dan tabah dengan dugaan. Inilah anugerah Allah berikan kepada setiap ibu menyusu. Kepada semua ibu menyusu, teruskan perjuangan anda 😘😘

Happy World Breastfeeding Week to all breastfeeding moms out there! You are One In A Million! Enjoy your breastfeeding journey and be proud of it! 💪💪💪👍👍👍👏👏👏😎😎😎

Love..

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      
Emel: rafaliah@yahoo.co.uk

**COD disekitar Banting, Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Kota Seriemas, Bandar Enstek, Nilai, Putrajaya.
>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, KLIA, Nilai, Cyberjaya dan Sepang. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in