Monday, July 25, 2016

Tips pemakanan ibu berpantang

Selalunya ibu-ibu berpantang ni tak boleh makan banyak jenis lauk. Kalau berpantang dengan mak-mak kat kampung, banyak naw pantang larangnya sampai kadangkala naik boring asyik ulang jenis lauk yang sama, ye tak? Sebenarnya bukanlah semuanya tak boleh makan tapi ianya lebih kepada memakan makanan yang berkhasiat dan dalam masa yang sama dapat menyembuhkan luka bersalin dengan cepat serta dapat menurunkan berat badan. Haa.. bila sebut pasal turunkan berat badan laju je nak tau ye.. 😁😁😁

Oklah, petang ni saya nak kongsi tips pemakanan untuk ibu berpantang. 

1. Ikan
Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar. Elakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.
 >> Pengambilan protin yang tinggi dan berkualiti sangat penting untuk menyihatkan sel-sel rahim. Saya amalkan Shaklee ESP. ☺️

2. Ulam-ulaman 
Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia.
Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan. 
>> Makanan sumber anti-oksidan tinggi sangat membantu dalam mempercepatkan proses detoks dan penyembuhan luka. Saya amalkan Shaklee Vivix masa berpantangkan Yusuf. Proses detoks sangat lancar dan luka bersalin czer mengecut dalam 10 hari. πŸ˜„πŸ˜„

3. Jenis sayuran dan buahan 
Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung. 


Buah-buahan yang dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi antaranya Nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. 
>> Sumber sayur-sayuran dan buah-buahan membantu menjaga kesihatan tubuh badan kita. Sebagai ibu berpantang ini amat penting untuk proses baik luka dan dalam masa yang sama perlu sihat untuk menyusukan bayi. Saya amalkan Vitamin C sepanjang waktu berpantang. ☺️☺️

Eh, sikit je sebenarnya yang tak boleh makan.. yang lain boleh ajer.. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…Lepas ni kita kongsi-kongsi menu masakan ibu berpantang pulak ye.. sekali sekala makan lauk ibu berpantang sedap jugak tekak ni.. sebab lauk-lauknya memang sedap dan menyihatkan. πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹ Yang penting banyakkan pengambilan protin, vitamin C, pelbagai jenis vitamin serta kalsium untuk mempercepatkan proses pembaikan luka bersalin. Bila luka sudah baik, In shaa Allah badan akan terasa sungguh sihat. πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

Selamat berpantang. Semoga bermanfaat. ☺️☺️☺️

Love..

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]

Mobile:             012-2541296      

Emel: rafaliah@yahoo.co.uk

**COD disekitar Banting, Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Kota Seriemas, Bandar Enstek, Nilai, Putrajaya.
>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 

2 comments:

Rosmiza Ali

Tq kak lia atas perkongsian ilmunya.. Dah kena start amik tau mende2 gini.. Gugugu~

lia ummiirfan

Semoga bermanfaat Miza 😘😘😘

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, KLIA, Nilai, Cyberjaya dan Sepang. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in