Saturday, July 2, 2016

8 Tips untuk Balik Kampung

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan Selamat petang semua sahabat dan followers UmmiIrfan.Com. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk update entri blog hari ini. 


Hari ini sudah 27 Ramadhan, berbaki 3 hari lagi kita akan menyambut Syawal. Kepada anda yang sudah bergerak dan akan bergerak pulang ke kampung, berhati-hati di jalanraya. Ini saya kongsikan 7 tips untuk pulang ke kampung. 

1. Pastikan kereta kita dah siap servis sebab kalau rosak susah juga tu. Kalau yakin okey jer. Tapi kena servis juga, yang basic pun dah ok. Brek kereta dan tayar pastikan dalam keadaan baik. penting tu! 

2. Duit raya jangan lupa tau. 😄😄 Bukan apa, kita nak meraikan kemenangan kita setelah penat sebulan berpuasa.

3. Pastikan ALARM KESELAMATAN berfungsi dengan baik. Kalau tiada alarm, kita pasti lampu terbuka, pakai jer lampu LED tu.

4. Top Up Tn'Go/Smart Tag dan isi minyak secukupnya untuk melancarkan perjalanan. 

5. Kalau yang selalu lapar tu, especially anak-anak kecil yang belum boleh berpuasa, pastikan beli makanan siap-siap dekat Mydin, Giant atau Tesco sebab dekat sini kita boleh dapat harga yang lebih murah berbanding dekat stesen minyak. 

6. Bagi yang ada anak-anak kecil, pastikan sus dan Lampin cukup semasa pulang ke kampung nanti. Pengalaman saya dahulu nak cari susu anak-anak susah juga. Habis juga la pusing satu bandar. 😅

7. Bawa First Aid Item seperti first aid box, Nutriferon, Basic-H, Performance Drink dan Herbal Blend Cream. Persediaan jika tiba-tiba anak demam atau luka, In Shaa Allah barangan first aid ini membantu. ☺️

8. Sebelum bertolak tu, baca Doa dulu. Bagi anak-anak kita baca doa tu baru kita sedar siapa kita bawa dan pasti kita akan lebih berhati-hati. 

سُبْحَانَ الَّذِىْ سَخَّرَلَنَا هَذَا وَمَاكُنَّالَهُ مُقْرِنِيْنَ وَاِنَّآ اِلَى رَبّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ

Maha suci Allah yang memudahkan ini (kendaraan) bagi kami dan tiada kami mempersekutukan bagi-Nya, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami.

Semoga sahabat-sahabat saya selamat sampai ke destinasi masing-masing. 

Alhamdulillah.

Lots of Love..

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]

Mobile:             012-2541296      

Emel: rafaliah@yahoo.co.uk

**COD disekitar Banting, Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Kota Seriemas, Bandar Enstek, Nilai, Putrajaya.
>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 

1 comments:

Siti Yang Menaip

selamat pulang ke kampung.. hati2 memandu..
selamat hari raya kak.. maaf zahir batin =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, KLIA, Nilai, Cyberjaya dan Sepang. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in