Tuesday, July 19, 2016

4 Tips elak simpul biawak semasa hamil

Nampak perkataan biawak terus terbayang benda kenyal-kenyal, menggerutu, besar. Euewwww 😂😂😂

Simpul biawak atau dikenali sebagai kekejangan adalah situasi di mana ibu mengandung akan mengalami kesakitan yang melampau pada bahagian betis dan kaki.

Ok, ini kisahnya, orang mengandung selalu mengalami situasi ni. Lagi-lagi masa trimester ke-3. Tak pasti dimana relatednya nama 'simpul biawak' dan kejang tu. 

Sakit? Sakit la kan...kena malam, pagi masih rasa sengal-sengal. Yang pelik, masa tidur lena pun boleh kena.Mangsa? Orang sebelah la. Hiyah hiyah orang sebelah tolong urutkan kaki..  🙈🙈🙈.

Pengalaman saya sendiri semasa hamilkan Irfan waktu tidur je kena. Bangun pagi memang terasa lagi sengal-sengalnya. Sakit sampai 1-2 hari pun terasa lagi ok.. Ada orang, kena pada waktu pagi ketika memandu. Ok, situasi ni memang bahaya lah, boleh sebabkan accident. Hati-hati ya.

PUNCA SIMPUL BIAWAK
1) Pada trimester kedua dan ketiga terutamanya, kandungan yang semakin membesar boleh memberikan tekanan kepada otot dan menyebabkan otot kaki mengalami kekejangan. 😱

2) Bahagian uterus yang mengalami pertambahan saiz boleh memberikan kesan kepada salur darah utama pada kaki ibu dan menyebabkan otot kaki mengalami kekejangan.😉

3) Kekurangan kalsium dan magnesium di dalam darah kerana ibu mengandung berkongsi mineral ini dengan bayi. Cara atasinya, wajib amalkan makanan yang mengandungi kalsium dan magnesium, dan jika tidak mencukupi ambil supplemen. Saya amalkan Shaklee Ostematrix semasa hamilkan Yusuf. Alhamdulillah sepanjang hamil tiada langsung jadi simpul biawak. 😄

4) Kekurangan air dalam badan atau kekurangan elektrolit. Minum air lebih sikit ye. Jangan minum sekaligus banyak, double kembung pulak nanti. Minum sikit-sikit tapi kerap. Pastikan cukup 3 liter sehari. 😊



Di Shaklee kami ada pil Ostematrix yang menggabungkan unsur Kalsium, Magnesium, Vitamin D, Zink, Copper, Mangan dan Boron untuk memastikan Kalsium yang diambil diserap sepenuhnya oleh tubuh badan. Kalsium sahaja tidak mencukupi jika unsur-unsur lain tidak hadir bersama. Kalsium sahaja boleh menyebabkan radang sendi yakni pengumpulan kalsium di bahagian-bahagian sendi tubuh badan. Jadi, pastikan jika hendak mengambil pil Kalsium, unsur-unsur yang saya sebutkan tadi ada bersama-sama. 

Jangan ambil mudah hal kalsium, kekurangan kalsium memberi kesan buruk kepada kesihatan apatah lagi jika kita seorang ibu hamil. Bayi di dalam kandungan juga memerlukan kalsium, jadi secara tidak langsung kita akan kekurangan kalsium. Dan jika ambil susu pun belum tentu dapat memenuhi keperluan kalsium yang hilang tadi.  Jadi apa yang anda perlukan ialah Shaklee Ostematrix . 😊 

Love..

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]

Mobile:             012-2541296      

Emel: rafaliah@yahoo.co.uk

**COD disekitar Banting, Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Kota Seriemas, Bandar Enstek, Nilai, Putrajaya.
>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 

12 comments:

Nadratul Syazwana

Memang berguna info ni buat ibu ibu mengandung :)

Kakzakie Purvit

Yg tak mengandung pun boleh aje consume utk elak perkara yg sama
Kadang makan sayur dan buah tak cukup tanpa supplement.

tenku butang

o.. simpul biawak.. awat belah teman sebut simpul mengkarung? huhuhu..

Nieyl

nieyl setia ngan shaklee...huhu...
mak nieyl makan oste utk tulang :)

Nooriah Abdullah

Thanks ya lia
Baru tau nama simpul biawak hehe

Shasha Mohamed

Terima kasih Lia. Pernah dengar juga simpul biawak rasanya, ke xpernah dengar. Hee.... sori. Baru tahu penyebabnya kurang kalsium...

Ada juga doktor menyarankan minum susu hi calcium.
Ntah tak tahu mana bagus, supplement calcium atau susu hi calcium. Tapi harap dua2 dapat membantu orang yang mengalami masalah ini. Kesian.

Thanks for sharing ;)

lia ummiirfan

ye betul tu. sebaiknya tambah supplemen kalsium walaupun minum susu. sebab minum susu belum tentu semua kalsium diserap oleh tubuh badan. kerana kalsium perlukan magnesium, zink dan boron untuk memastikan penyerapan secara menyeluruh. ☺️

lia ummiirfan

orang perak memang panggil simpul mengkarung 😂😂😅😅

lia ummiirfan

betul tu kak zakie. kalsium sangat penting untuk tubuh badan. "makanan" untuk tulang.. ☺️☺️

 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, KLIA, Nilai, Cyberjaya dan Sepang. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in