Wednesday, July 27, 2016

Cara atasi masalah senggugut dengan vitamin Shaklee

Masalah SENGGUGUT sememangnya amat menyakitkan. Ada kalanya ia mengganggu emosi yang sukar untuk digambarkan. Hanya mereka yang pernah merasa sakit senggugut akan mengerti bisanya. Senggugut atau ‘dysmenorrhoea’ bermakna pengaliran haid yang sakit.

CIRI-CIRI SENGGUGUT:

>> Kekejangan pada bahagian perut

>> Sakit kepala yang berdenyut-denyut

>> Muntah atau mual/loya

>> Sakit kaki dan bahagian belakang badan

>> Pergerakan usus yang tidak sekata

>> Pitam

TANDA-TANDA SENGGUGUT:

1. Kedatangan Haid tidak teratur dan jumlah pusingan hari juga tidak tetap. Adakalanya panjang dan adakalanya pendek. Kadangkala ianya datang sehingga dua kali dalam sebulan

2. Sakit tidak menentu apabila tiba masanya kedatangan Haid

3. Terdapat gumpalan di dalam darah yg keluar sebagai darah Haid

4. Mengalami kesakitan yg teramat dalam tempoh 24 jam yg pertama

5. Kesakitan selalunya berlaku sebelum atau ketika kedatangan Haid

Saya sendiri pernah alami masalah senggugut setiap kali datang period. Jujur saya katakan kelima-lima tanda senggugut di atas pernah saya rasai. Sakit yang tidak terperi. Orang kata sakit senggugut ni ibarat 1/10 dari rasa sakit nak bersalin. 😱😱 So boleh imagine macamane rasa sakitnya. Alhamdulillah sejak kenal Shaklee dan amalkan vitamin-vitaminnya, kini tiada lagi masalah senggugut setiap kali period. Macam magic kan? Lebih baik mencegah daripada terus menanggung kesakitan setiap bulan. Betul? Saya kongsikan apa vitamin-vitamin yang saya amalkan untuk atasi masalah senggugut. 


Ostematrix
Untuk memastikan kita mendapat kalsium yang cukup. Sekiranya anda tak suka susu, tempe dan kekacang bolehlah mencuba Ostematrix ini sebagai pengganti.



B-Complex 
B Complex Shaklee mengandungi 8 vitamin B lengkap dan asid folic yang mencukupi untuk memelihara kesihatan tubuh dan paling penting membantu mengurangkan stress.



GLA Complex

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan. Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.

Testimoni mereka yang lega dari masalah senggugut selepas mengamalkan set ini




Jadi para wanita sekalian, usah ambil mudah jika ada masalah senggugut. Jika dibiarkan berpanjangan risau penyakit lain pula yang timbul. Bertindak segera sebelum melarat dan terlambat. 😎😎

Love..

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      
Emel: rafaliah@yahoo.co.uk

**COD disekitar Banting, Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Kota Seriemas, Bandar Enstek, Nilai, Putrajaya.
>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 

Monday, July 25, 2016

Tips pemakanan ibu berpantang

Selalunya ibu-ibu berpantang ni tak boleh makan banyak jenis lauk. Kalau berpantang dengan mak-mak kat kampung, banyak naw pantang larangnya sampai kadangkala naik boring asyik ulang jenis lauk yang sama, ye tak? Sebenarnya bukanlah semuanya tak boleh makan tapi ianya lebih kepada memakan makanan yang berkhasiat dan dalam masa yang sama dapat menyembuhkan luka bersalin dengan cepat serta dapat menurunkan berat badan. Haa.. bila sebut pasal turunkan berat badan laju je nak tau ye.. 😁😁😁

Oklah, petang ni saya nak kongsi tips pemakanan untuk ibu berpantang. 

1. Ikan
Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar. Elakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.
 >> Pengambilan protin yang tinggi dan berkualiti sangat penting untuk menyihatkan sel-sel rahim. Saya amalkan Shaklee ESP. ☺️

2. Ulam-ulaman 
Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia.
Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan. 
>> Makanan sumber anti-oksidan tinggi sangat membantu dalam mempercepatkan proses detoks dan penyembuhan luka. Saya amalkan Shaklee Vivix masa berpantangkan Yusuf. Proses detoks sangat lancar dan luka bersalin czer mengecut dalam 10 hari. πŸ˜„πŸ˜„

3. Jenis sayuran dan buahan 
Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung. 


Buah-buahan yang dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi antaranya Nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. 
>> Sumber sayur-sayuran dan buah-buahan membantu menjaga kesihatan tubuh badan kita. Sebagai ibu berpantang ini amat penting untuk proses baik luka dan dalam masa yang sama perlu sihat untuk menyusukan bayi. Saya amalkan Vitamin C sepanjang waktu berpantang. ☺️☺️

Eh, sikit je sebenarnya yang tak boleh makan.. yang lain boleh ajer.. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…Lepas ni kita kongsi-kongsi menu masakan ibu berpantang pulak ye.. sekali sekala makan lauk ibu berpantang sedap jugak tekak ni.. sebab lauk-lauknya memang sedap dan menyihatkan. πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹ Yang penting banyakkan pengambilan protin, vitamin C, pelbagai jenis vitamin serta kalsium untuk mempercepatkan proses pembaikan luka bersalin. Bila luka sudah baik, In shaa Allah badan akan terasa sungguh sihat. πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

Selamat berpantang. Semoga bermanfaat. ☺️☺️☺️

Love..

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]

Mobile:             012-2541296      

Emel: rafaliah@yahoo.co.uk

**COD disekitar Banting, Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Kota Seriemas, Bandar Enstek, Nilai, Putrajaya.
>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 

Tuesday, July 19, 2016

4 Tips elak simpul biawak semasa hamil

Nampak perkataan biawak terus terbayang benda kenyal-kenyal, menggerutu, besar. Euewwww πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Simpul biawak atau dikenali sebagai kekejangan adalah situasi di mana ibu mengandung akan mengalami kesakitan yang melampau pada bahagian betis dan kaki.

Ok, ini kisahnya, orang mengandung selalu mengalami situasi ni. Lagi-lagi masa trimester ke-3. Tak pasti dimana relatednya nama 'simpul biawak' dan kejang tu. 

Sakit? Sakit la kan...kena malam, pagi masih rasa sengal-sengal. Yang pelik, masa tidur lena pun boleh kena.Mangsa? Orang sebelah la. Hiyah hiyah orang sebelah tolong urutkan kaki..  πŸ™ˆπŸ™ˆπŸ™ˆ.

Pengalaman saya sendiri semasa hamilkan Irfan waktu tidur je kena. Bangun pagi memang terasa lagi sengal-sengalnya. Sakit sampai 1-2 hari pun terasa lagi ok.. Ada orang, kena pada waktu pagi ketika memandu. Ok, situasi ni memang bahaya lah, boleh sebabkan accident. Hati-hati ya.

PUNCA SIMPUL BIAWAK
1) Pada trimester kedua dan ketiga terutamanya, kandungan yang semakin membesar boleh memberikan tekanan kepada otot dan menyebabkan otot kaki mengalami kekejangan. 😱

2) Bahagian uterus yang mengalami pertambahan saiz boleh memberikan kesan kepada salur darah utama pada kaki ibu dan menyebabkan otot kaki mengalami kekejangan.πŸ˜‰

3) Kekurangan kalsium dan magnesium di dalam darah kerana ibu mengandung berkongsi mineral ini dengan bayi. Cara atasinya, wajib amalkan makanan yang mengandungi kalsium dan magnesium, dan jika tidak mencukupi ambil supplemen. Saya amalkan Shaklee Ostematrix semasa hamilkan Yusuf. Alhamdulillah sepanjang hamil tiada langsung jadi simpul biawak. πŸ˜„

4) Kekurangan air dalam badan atau kekurangan elektrolit. Minum air lebih sikit ye. Jangan minum sekaligus banyak, double kembung pulak nanti. Minum sikit-sikit tapi kerap. Pastikan cukup 3 liter sehari. 😊



Di Shaklee kami ada pil Ostematrix yang menggabungkan unsur Kalsium, Magnesium, Vitamin D, Zink, Copper, Mangan dan Boron untuk memastikan Kalsium yang diambil diserap sepenuhnya oleh tubuh badan. Kalsium sahaja tidak mencukupi jika unsur-unsur lain tidak hadir bersama. Kalsium sahaja boleh menyebabkan radang sendi yakni pengumpulan kalsium di bahagian-bahagian sendi tubuh badan. Jadi, pastikan jika hendak mengambil pil Kalsium, unsur-unsur yang saya sebutkan tadi ada bersama-sama. 

Jangan ambil mudah hal kalsium, kekurangan kalsium memberi kesan buruk kepada kesihatan apatah lagi jika kita seorang ibu hamil. Bayi di dalam kandungan juga memerlukan kalsium, jadi secara tidak langsung kita akan kekurangan kalsium. Dan jika ambil susu pun belum tentu dapat memenuhi keperluan kalsium yang hilang tadi.  Jadi apa yang anda perlukan ialah Shaklee Ostematrix . 😊 

Love..

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]

Mobile:             012-2541296      

Emel: rafaliah@yahoo.co.uk

**COD disekitar Banting, Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Kota Seriemas, Bandar Enstek, Nilai, Putrajaya.
>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 

Thursday, July 14, 2016

Raya Oh Raya!

Raya oh Raya! πŸ˜„πŸ˜„
Perut tak selesa ini menjadi kebiasaan setiap kali berkunjung ke rumah-rumah terbuka. Apa tidaknya, pelbagai juadah disediakan dan kalau boleh nak makan semuanya selagi mahu. πŸ˜…
Begitu juga dengan saya sendiri. Ini nak cerita throwback ni.. 😁😁 Masuk raya ketiga haritu, makan macam-macam, perut pun mulalah rasa 'semacam'! Berangin, sebu, senak dan tak selesa. Lepas tu nak makan dan nak minun pun tak boleh. Haa.. dan dan tu jugak Allah tarik nikmat.. πŸ˜” Rasa hadam tak hadam je bila makan. Inilah padahnya bila makan tak beringat! Tapi, Alhamdulillah ada bawa Peppermint Ginger Plus dalam handbag. Bila rasa tak selesa je terus telan. Lega rasa perut dan kembali selesa. 



You all kalau ada Peppermint Ginger Plus ni bawa juga sesiap dalam handbag tau, sangat membantu untuk mengatasi ketidakselesaan perut. ☺️πŸ‘ Peppermint Ginger Plus mengandungi halia, daun pudina, cekur manis dan fennel (fennel ini sejenis herba yang ada disebutkan dalam Al-Quran tau..) sangat membantu dalam masalah-masalah yang disebutkan di atas tadi. 😎

Apapun makan jangan berlebihan ok! πŸ˜ŽπŸ˜‰

Sebotol Peppermint Ginger Plus mengandungi 90 biji dan Harga Pasaran ialah RM 47.70. πŸ˜‰

Lots of Love..

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]

Mobile:             012-2541296      

Emel: rafaliah@yahoo.co.uk

**COD disekitar Banting, Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Kota Seriemas, Bandar Enstek, Nilai, Putrajaya.
>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 

Saturday, July 9, 2016

Promosi menarik sepanjang Syawal

Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 
Salam Aidilfitri semua followers UmmiIrfan.Com dan semua sahabat yang hebat, positif dan cemerlang. Pertama sekali, maaf kerana terlewat mengemaskini blog. Bersawang jugak blog menjelang raya ye.. 😁😁 
Namun masih tidak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin di atas sepanjang perkenalana kita, mohon maaf juga di atas kekhilafan dan kesilapan sepanjang berurusan dengan anda semua.. pasti ada kekurangan di mana-mana.. Semoga lebaran ini membawa seribu rahmat dan merapatkan ukhwah sesama kita. ☺️

Oh ya, sepanjang Syawal ini juga ada promosi menarik daripada Shaklee. Nak tahu apa promosinya? Pastilah Shaklee Vivix! πŸ˜„


Kepada para wanita yang sangat bimbang dengan proses penuaan yang berlaku pada WAJAH, Vivix membantu dalam melambatkan process penuaan dan kandungannya terbukti membantu melawan pelbagai jenis penyakit. Dengan hanya sesudu sehari dan anda akan merasai perbezaannya. Ia boleh juga dijadikan sebagai masker pada wajah. 

Banyak manfaat Vivix dan kehebatannya dalam membantu mengatasi pelbagai masalah kesihatan. Boleh baca di sini. Ada banyak testimoni saya sudah kongsikan dan in shaa Allah saya akan kongsikan dari semasa ke semasa unuk anda semua. πŸ˜„

Untuk lain-lain produk dan set vitamin anda masih boleh mendapatkan "harga istimewa" daripada kami. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah menghubungi kami di talian 012.2541296 untuk sebarang pertanyaan atau mahu membuat pesanan. ☺️

Alhamdulillah.

Lots of Love..

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]

Mobile:             012-2541296      

Emel: rafaliah@yahoo.co.uk

**COD disekitar Banting, Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Kota Seriemas, Bandar Enstek, Nilai, Putrajaya.
>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, KLIA, Nilai, Cyberjaya dan Sepang. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in