Friday, June 17, 2016

Tips Kurus >> 6 Khasiat Epal Hijau

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Alhamdulillah bertemu lagi kita dengan hari Jumaat iaitu penghulu segala hari. Alhamdulillah juga dengan rezeki yang Allah kurniakan kepada kita. Oh, kepada anda yang sedang dalam proses menurunkan berat badan, semoga ada progress! Bulan Ramadhan adalah bulan yang terbaik untuk menurunkan berat badan. 

Hari ini saya nak berkongsi tips kurus dengan anda. Ramai tahu buah epal hijau sedap di makan begitu sahaja. Ada juga yang suka mencicah dengan kuah rojak. Pasti rasanya sedap. Jika anda nak tahu banyak khasiat buah epal hijau terutamanya kepada anda yang mahu menurunkan berat badan. Jom sama-sama kita baca 6 Khasiat Epal Hijau :

1) Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia.
Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.

2) Kandungan agen antioksidan yang terdapat dalam epal mampu menentang radikal bebas serta dapat melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut. Ia juga memperbaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga dapat melembapkan kulit yg kering.

3) Dalam pada itu, fitokimia yang dijumpai dalam epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah daripada tersumbat (penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang sel kanser daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.



4) TIP PENTING!!! Jangan biarkan epal terdedah lama selepas dipotong kerana ia boleh menyebabkan antioksidan mudah terbebas ke udara sebaik sahaja epal dipotong.

5) Epal yang mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalam membantu proses mengawal berat badan. Serat dapat melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapat memberikan kita tenaga.

6) Berita baik!! Kandungan kolestrol serta lemak tidak terdapat dalam epal. So, sesiapa yang hendak berdiet, epal sesuai menjadi snek terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan.

Wahh... banyak sungguh khasiat buah epal hijau kan! Terus rasa nak beli buah epal hijau harini dan nak buat air macam kat bawah ni untuk berbuka nanti. 😆😆


Alhamdulillah.

Love..

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]

Mobile:             012-2541296      

Emel: rafaliah@yahoo.co.uk

**COD disekitar Banting, Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Kota Seriemas, Bandar Enstek, Nilai, Putrajaya.
>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, KLIA, Nilai, Cyberjaya dan Sepang. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in