Monday, June 27, 2016

PENGALAMAN MANIS 5 TAHUN DALAM BISNES SHAKLEE - SAYA BERMULA DARI "ZERO"

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya memulakan bisnes Shaklee pada tahun 2011. Serius masa tu takde langsung ilmu bisnes. ZERO. Saya grad pun dalam bidang Engineering. Definitely takde langsung belajar subjek bisnes. Tak tahulah macamane boleh terbuka hati nak buat bisnes Shaklee ni. Yang saya ingat desakan utamanya ialah kerana saya nak jaga anak di rumah. Sebab anak saya Irfan ada masalah asthma yang kronik dan sering jatuh sakit. Doktor pakar Irfan suggest untuk saya bekerja dari rumah sahaja since Irfan tak boleh "mingle" dengan kanak-kanak lain di taska dan sekolah kerana paru-parunya sangat sensitif. Bulan ke-5 dalam bisnes saya dah berani ambil stok sendiri. Dan dalam masa 5 bulan itu terlalu banyak perkara yang saya belajar. Yelah takde ilmu bisnes kan, jadi nak tak nak kena buat sahaja apa yang terlintas dan diajar oleh mentor. Boleh dikatakan 90% kelas/ilmu/coaching dibuat secara online. Jadi tak perlulah keluar rumah selepas waktu kerja dan pulang lewat malam. 

Nak rekrut downline lagilah saya tak tahu sebab saya ni amatlah pemalu dan penakut. ☺️☺️ Tapi saya tak tunggu pun downline jatuh ke riba untuk mengembangkan bisnes saya. Saya jalan terus. Buat sales sebanyak mungkin untuk cabar diri sendiri. 💪💪💪 Maka bermulalah episod terjah poslaju setiap hari pada waktu lunch (saya korbankan waktu lunch setiap hari untuk pos barang customers kesayangan saya), ambil stok di Shaklee dan hantar order customers selepas waktu kerja, jatuh bangun, sedih menangis, ketawa seronok, ☺️☺️ tapi saya cukup enjoy melakukan bisnes ini. Personal Sales saya pernah cecah RM12k++ setiap bulan! Alhamdulillah! Segala penat lelah, sedih, menangis, ketawa semuanya dikongsikan dengan suami saya. Dia sahaja tahu segalanya. 

Selepas 12 bulan dalam bisnes Shaklee saya sudah dapat income 4 angka yang stabil. Sebenarnya masa bulan ke-6 dah dapat jana income 4 angka namun masa tu ada turun naik, lepas setahun baru betul-betul stabil. Saya berhenti kerja dan dapat menjaga anak di rumah sepenuhnya. Alhamdulillah anak semakin sihat dan keluarga dapat diuruskan dengan lebih baik. Kemudian, episod manis bermula bila setiap bulan Allah kirimkan downlines yang ramai untuk saya bantu. Saya tak rekrut. Tapi kebanyakan yang mendaftar dengan saya adalah kawan-kawan dan customers yang berminat nak buat bisnes bersama-sama. Jadi saya bantu mereka. 😎😎



Tahun kedua bisnes saya dah dapat cecah income 5 angka dan 9 orang downlines saya berjaya menjana income 4 angka yang sangat stabil. Alhamdulillah.  Kepuasan dan kemanisan yang saya rasai kerana dapat membantu mereka sukar digambarkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan itu. Selain itu kami juga mendapat reward daripada company Shaklee seperti recognition trophies dan melancong dalam dan luar negara secara percuma. 



Tahun ke-4 suami berhenti kerja dan kami sama-sama menjalankan bisnes ini sehingga kini. Jadi dapatlah kami sama-sama membantu lebih ramai orang untuk mendapatkan taraf kesihatan dan kewangan yang lebih baik. Walaupun ianya sukar dan jalannya berliku namun kami percaya setiap usaha yang dilakukan pasti akan membuahkan hasil. 

Inilah sebahagian kisah kami yang dapat kami kongsikan bersama anda. Jika anda rasa anda tak pandai ilmu bisnes, takde ilmu bisnes, anda bacalah kisah saya ini. Anda boleh belajar! Asalkan ada keinginan. Saya bermula dengan ZERO! Nothing! Tapi kerana kemahuan yang kuat untuk belajar saya boleh mencapai impian saya. Apatah lagi anda yang lebih lama berbisnes daripada saya. Pasti anda mampu pergi lebih jauh. 

Dan kini, tahun ke-5 saya dan suami menjalankan bisnes Shaklee hanya dari rumah dan "advantage" daripada itu kami dapat mengasuh, mendidik dan memantau anak-anak kami. Anda juga pasti inginkan begitu. Dengan keadaan sekarang yang setiap hari ada sahaja berita masalah sosial, amat menakutkan. Kami tidak dapat bayangkan jika kami terus keluar bekerja dan tinggalkan anak-anak untuk mereka uruskan diri sendiri tanpa pemantauan kami. Inilah sebabnya kami terus bertahan dalam bisnes ini kerana bisnes Shaklee adalah "FAMILY BUSINESS"! Buat kerana keluarga dan untuk keluarga. 



Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian saya :)) 
Kepada anda yang masih tercari-cari peluang bisnes tapi tak tahu nak bisnes apa, boleh buat bisnes Shaklee yang rendah modal dan rendah risiko tetapi pulangan bestt.. Mana tahu satu hari nanti anda juga boleh menjana pendapatan hanya dari rumah seperti saya.. :))

Alhamdulillah.

Lots of Love..

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]

Mobile:             012-2541296      

Emel: rafaliah@yahoo.co.uk

**COD disekitar Banting, Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Kota Seriemas, Bandar Enstek, Nilai, Putrajaya.
>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, Kota Warisan, Dengkil, Putrajaya. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in