Monday, September 14, 2015

Tips hilangkan gastrik

Masalah gastrik yang melanda boleh menjadi semakin teruk jika tidak dicegah. Saya dulu pernah alami masalah gastrik. Sejak tahun 2000.. lamaa... masa tu saya hanya bergantung kepada ubat-ubat doktor. Bila putus ubat, gastrik menyerang. Pulak tu kalau busy sangat adakala lewat makan.. bila lewat makan.. paham-paham jelah sakit gastrik tu caner.. sampai muntah-muntah dan bila gi jumpa doktor, kena cucuk baru lega.. huhu.. 

Apakah punca masalah gastrik?
Gastrisis ialah radang pada lapisan perut. Ada beberapa punca yang menyebabkan gastrik. Yang paling selalu ialah disebabkan oleh:
1. Jangkitan bakteria Helicobacter pylori yang menyebabkan ulser pada perut.
2. Penyakit autoimmune.
3. Aliran semula cecair hempedu ke dalam perut.
4. Penggunaan ubat anti keradangan (NSAIDs) dalam tempoh yang lama, seperti ibuprofen.
5. Dalam sesetengah kes, lapisan perut seolah-olah ‘dimakan’ menyebabkan terjadinya peptic ulcers pada perut ataupun pada usus kecil.
Antara simptom-simptom masalah gastrik ialah ketidakselesaan dan sakit perut. Tanda-tanda lain ialah:
  • Ketidakhadaman (dyspepsia)
  • Sakit ulu hati
  • Sakit bahagian abdomen
  • Sendawa
  • Hilang selera makan
  • Rasa loya
  • Muntah, darah ataupun bahan yang kelihatan seperti kopi yang dikisar
  • Najis berwarna gelap
Namun setelah saya mengenali Shaklee sejak 4 tahun lepas, saya tidak lagi mengalami masalah gastrik. Atau saya boleh katakan masalah gastrik saya telah hilang sepenuhnya! Oohh... ini bukan overclaim ok, tapi, 4 tahun dengan supplemen Shaklee saya boleh rasa beza sebelum dan selepas. Apa yang saya consume? Of courselah ESP! 

Bagaimana ESP Membantu?
ESP merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat hakisan oleh asik hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.

ESP membantu meneutralkan asid dalam perut. Saya minum 3 kali sehari. Awal pagi, saya akan minum segelas ESP walaupun tak breakfast lagi, tapi dah minum segelas ESP rasa perut selesa. Ini  saya kongsikan dua testimoni daripada Puan Natrah dan Puan Noraimi yang juga mengalami masalah gastrik dan mengamalkan ESP Shaklee.



AlhamduLILLAH. Saya dan rakan-rakan saya yang mengalami masalah gastrik kini sudah lama bebas dari serangan gastrik setelah mengamalkan ESP. Bukan apa, kami takut dan risau jika masalah gastrik ini berlarutan, usus akan luka dan worst case ianya boleh menjadi penyakit lain contohnya kanser usus. Jadi, kami mengambil langkah mencegah sebelum menjadi lebih teruk. Kos mencegah sebenarnya jauh lebih murah dan berbaloi dari kos mengubati. 

Lots of Love..

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      Emel: rafaliah@yahoo.co.uk


*Click here to order.
**COD disekitar Banting, Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Nilai, Putrajaya.

>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 

2 comments:

insan marhaen

saya memang ada minor gastrik. sebab itu saya cukup jaga makan pagi dan tidak biarkan perut terlalu lapar.

Bunda_nora

Terima kasih sudi ke teratak bunda dan info bermanfaat ini...

 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, KLIA, Nilai, Cyberjaya dan Sepang. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in