Saturday, September 12, 2015

3 tips asingkan tempat tidur anak

Inilah wajah baru bilik anak bujang, Irfan. Jenuh memujuk berbulan-bulan nak asingkan tempat tidur dia. Agak susah pada mulanya sebab Irfan dan Yusuf jarak agak jauh, 5 tahun bezanya, dan ketika ini Yusuf masih lagi menyusu badan. Lagi satu jadi sukar dan makan bulan nak memujuk dia sebab takde adik-beradik lain.. hihi.. 

Malam pertama Irfan tidur kat biliknya, susah bagi dia. Tak boleh tidur katanya.. huhu.. saya temankan sekejap sampai dia terlena. Hari kedua dan ketiga dan seterusnya dah OK. OK yang sangat OK tau! haha.. Ini adalah sebahagian tips asingkan tempat tidur anak yang saya boleh kongsikan untuk manfaat kita bersama. 

1. Adakan sudut pamer toys - ini lebih kurang macam 'peneman' Irfan nak melelapkan matanya.. hihi..
2. Pasang cadar dan sarung bantal dengan tema yang disukainya. Irfan suka kereta, haa.. jadi saya belikan dia cadar dan sarung bantal special untuk dia.
3. Almari sendiri untuk simpan baju. Haa.. ini lebih kepada privacy. Sebelum ni Irfan sharing almari dengan Yusuf, jadi nak bagi dia rasa ala-ala dewasa (hihi..) saya belikan almari ni untuk dia dan dia seronok sebab dah tak perlu kongsi almari dengan Yusuf. 

Last but not least, kenalkan anak dengan Al-Quran. In shaa ALLAH anak akan kuat dari dalaman dan ini membentuk jati diri. 

Bilik ni juga nanti akan diupgrade pelan-pelan sebab nanti Yusuf akan 'check-in' bilik ni juga.. hihihi.. so banyak idea Ummi dah tapi kena lukis atas kertas dulu.. 



Bila ditanya caner dah seminggu tidur bilik sendiri, dia kata seronok. AlhamduLILLAH.. ALLAH permudahkan untuk dia dan kami. No tears at all.. hihi.. good boy, Abam Irfan!

Lots of Love..

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      Emel: rafaliah@yahoo.co.uk


*Click here to order.
**COD disekitar Banting, Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Nilai, Putrajaya.

>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 

3 comments:

Aisy Nasiha

Wah.. tips yang menarik ni.. trutama yg bab kuatkan diri anak dgn al Quran ... insyaAllah boleh aplikasikan utk naim.. tak berjaya lagi setakat nk ajar dia tidur sendiri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, KLIA, Nilai, Cyberjaya dan Sepang. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in