Saturday, August 15, 2015

Tips WAHM -- Cook for your loved ones! :))

Haritu saya dah janji nak kongsi resepi kek. Ok, nama kek ni Kek Batik Pistachio. Haa.. grand tak namanya... hihi.. resepi lebih kurang sama macam kek batik yang biasa kita buat tu cuma yang ni saya gantikan biskut marrie dengan digestive biskut dan milo dengan milk chocolate. Actually resepi ni dikongsikan oleh mentor saya dalam blognya jugak, cuma saya letak dalam blog saya supaya mudah untuk saya nak buat rujukan. Kek ni tak perlu bake masuk oven, cuma masuk peti ais je. Mudah kan..? hihi..

Bahan-bahannya:
200gm digestive biscuits
1/2 tin susu pekat manis (ni agak-agak, saya guna tak sampai 1/2 tin sebab taknak manis sangat)
100gm butter
25-30gm kacang pistachio, cashewnuts dan almond (almond ni beli yang roasted almond)
200-250gm milk chocolate

Cara-cara membuatnya:
1. Hancurkan digestive biscuit dan kekacang-kekacang tadi. Jangan hancur sampai halus nanti tak rasa teksturnya.
2. Cairkan butter, milk chocolate menggunakan kaedah double boiling.
3. Bila butter dan chocolate dah cair, masukkan susu pekat manis.
4. Kacau sampai rata.
5. Tutup api dan masukkan biskut dan kekacang-kekacang tadi. Gaulkan bersama sehingga rata dan terus tuang dalam bekas kek aluminium. Ratakan dengan spatula.
6. Masukkan dalam peti ais dan biarkan semalaman. 

Dan inilah hasilnya bila dah siap! Taraaa..! Rupa memang tak cantik, tapi rasa sedap tau. You all jangan lupa try naaa.. :))


Inilah kegemaran kami sekeluarga. Anak-anak saya bila saya cakap nak buat kek ni derang akan tunggu sampai siap. Pastu tak sabor nak makan.. hihi.. Anak-anak saya kat rumah ni main order je.. macam kat restoran.. nak nasik lar, nak kek lar, nak air oren lar, nak mee goreng lar.. kikiki.. jadi, saya pun usaha masak untuk anak-anak..

Air tangan ibu penuh dengan kasih sayang.. hatta goreng telur pun anak kata sedap. :))

Lots of Love..

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      Emel: rafaliah@yahoo.co.uk


*Click here to order.
**COD disekitar Banting, Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Nilai, Putrajaya.

>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 


1 comments:

Nora Karim

Nampak mudah... boleh try ni... anak2 ni mmg kena ajar mkn mknan yg kita masak... supaya dorang dpt rasa kasih sayang tu... tak gitu?! Hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, Kota Warisan, Dengkil, Putrajaya. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in