Thursday, August 13, 2015

Tips WAHM - Be a multitasking mom

Jadi seorang WAHM bukanlah mudah. Tapi segalanya akan jadi mudah dengan mengapplikasikan tips-tips yang saya kongsikan sebelum ini. Ada satu lagi tips iaitu jadilah seorang ibu yang boleh melakukan pelbagai tugasan setiap hari atau dalam Bahasa Inggerisnya 'be a multitasking mom!' .. haa.. Saya akui saya menjadi seorang yang multitasking dalam satu masa. Contohnya sambil coaching anakcucu bisnes saya, saya akan menyusukan Yusuf. Sambil memasak, saya akan reply whatsapp/PM/emel customers. Sambil menyidai baju di ampaian saya akan bermain-main dengan Yusuf. Sambil makan update status facebook. hihi.. pendek kata semuanya multitasking sebab saya tiada pembantu rumah mahupun tiada penolong untuk membantu saya melakukan kerja-kerja bisnes. Walaupun begitu, saya sangat enjoy dan happy dengan apa yang saya lakukan. Takde rasa stress atau terpaksa. Semuanya saya lakukan atas kemahuan sendiri. Itulah sebabnya saya enjoy dan tidak merasa tertekan. Lagipun sayalah boss, sayalah pekerja. hihi... tidak terikat dengan masa dan kerja-kerja bisnes boleh dibuat sambil membuat kerja-kerja rumah. Begitulah setiap hari. :))


Jadi tadi sebelum masuk ke dapur saya kongsi-kongsi resepi dengan rakan-rakan saya yang juga WAHM. Dari resepi masak nasi minyak ke resepi buat dessert hinggalah kat mana nak beli barang-barang dapur dan juga perkakas dapur. Kalau dulu mak-mak kita 'ahli mesyuarat tingkap' katanya.. tapi sekarang ni 'ahli mesyuarat hujung jari' gituu... hihihi... Petang semalam dah plan nak buat kek, sempat ke kedai beli bahan-bahannya termasuk spatula nak buat kek! haha.. dapat jugak spatula kuuu... lama dah aim nak spatula tapi encik suami tak bagi beli sebab dulu tak rajin buat desert, tapi sekarang ni sejak dah ada Irfan dan Yusuf yang suka makan kek-kek dan sekarang ni saya pun dah rajin buat kek bagai berbanding dulu, maka dapatlah spatulaaaa.. hihi.. In shaa ALLAH jika berkesempatan saya akan kongsikan resepi kek yang saya buat. Sangat simple tak perlu masuk oven pun.. masuk peti ais sahaja.. :))


Lots of Love..

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      Emel: rafaliah@yahoo.co.uk


*Click here to order.
**COD disekitar Banting, Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Nilai, Putrajaya.

>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 

5 comments:

Zizie Zack

perempuan ni mudah.. multitasker... saya pun sama kak.. main dgn anak buah sambil main dengan dia.. even though masa belajar dulu pun, kena buat banyak keje dalam satu masa.. kalau tak, boring buat keje satu tu je.. kalau lelaki, susah sikit jadi multitasker..

ayut

Slam ummi irfan...shaklee jgk ea.yeay..ada geng.. :) salam kenalan ye...

Farrah MF

Multitasking ni kalau pandai buat,..memang makin teratur hidup kita. Sambil buat itu buat ini :)

adianiez AIDA

ibu and multitasking tak boleh dipisahkan.
tak kira bekerja ke surirumah.
otomatik tgn kaki kita multitasking :)
lelebih lagi blogger hi hi hi...

anamizu

ana respect betul dgn WAHM nih smua :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, KLIA, Nilai, Cyberjaya dan Sepang. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in