Saturday, August 29, 2015

Resepi Cheesecake Oreo

AlhamduLILLAH harini adalah harijadi Yusuf yang ke-2 tahun! AlhamduLILLAH saya berjaya menyusukan Yusuf 2 tahun dan masih menyusukannya sehingga ke hari ini! Tak sangka dapat menyusukan penuh selama 2 tahun! Mula-mula dulu target nak breastfeed Yusuf exclusively 6 bulan je sebab banyak betul dugaan dan cabaran ibu menyusu ni. Lepas tu saya tengok saya lepas target 6 bulan tu dan terus target sampai Yusuf berumur 2 tahun. AlhamduLILLAH dengan izin ALLAH jua hendakNya. :))

Birthday boy muka control handsome meng'test' baju hadiah Paksunyaa.. hihi.. 

Jadi, sempena  birthday Yusuf harini, saya nak kongsikan Resepi Cheesecake Oreo yang saya buat khusus anak saya yang comel ni. :) Nak buatnya mudah je tau.. Jom kita tengok apa bahan-bahan yang diperlukan.

250 digestive biscuits (ni untuk buat cake base)
100-150mg white chocolate
100-150gm butter
250mg mascarpone
250mg cheese
250mg creamcheese
1 paket biskut Oreo (saya beli satu paket besar tapi dalam tu ada peket-peket kecik)

Cara-caranya:
1. Patah-patahkan digestive biscuit dan hancurkan sehingga halus. Patah-patahkan juga biskut Oreo kepada 4 bahagian kecil. Kemudian ketepikan.
2. Cairkan butter dan bila dah cair dan sejuk sedikit gaulkan bersama-sama digestive biscuits tadi.
3. Ambil loyang kek dan padatkan digestive biscuits tadi di bahagian bawah loyang kek untuk dijadikan cake base. Masukkan ke dalam peti sejuk.
4. Ambil mangkuk dan masak white chocolate menggunakan kaedah double boiling.
5. Ambil mangkuk besar dan masukkan mascarpone, creamcheese dan cheese dan gaulkan bersama-sama dengan white chocolate yang dah cair tadi. 
6. Kacau sampai rata kesemua bahan-bahan tadi sampai fluffy (gebu). 
7. Bila dah rata kesemua 4 bahan tadi, masukkan pula biskut Oreo yang sudah dipatah-patahkan ke dalam mangkuk. Kacau sekejap.
8. Keluarkan cake base dan tuang kesemua bahan dalam no.7 tadi ke atas cake base. Ratakan elok-elok. Dan akhir sekali letakkan biskut Oreo diatas adunan.
9. Dah siap! Masukkan dalam peti sejuk dan biarkan semalaman atau sejam (kalau dah tak sabor nak makan. hihihi...)


Rupa kek memang tak semenggah sebab ada hasil kerja tangan anak bujang. hihi.. Tapi sangat
senagkan buatnya! Takyah masuk oven bagai. Semua main masuk-masuk, campak-campak, pastu masuk peti ais. hihi.. Saya pasti you all semua boleh buat. Selamat mencuba! :))

Lots of Love..

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      Emel: rafaliah@yahoo.co.uk


*Click here to order.
**COD disekitar Banting, Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Nilai, Putrajaya.

>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 

8 comments:

Ummul Azkee

happy birthday yusof..moga jadi anak soleh ya..cheese cake oreo tu nmpk sedap..nnti boleh cuba..thnks lia sharing resepi

wa

Wah..hensemnya birthday boy...salam kena :)

Nik Azidah

Wahhhh cheese cake kegemaran saya tu kak hehe...

anajingga

assalamualaikum lia, baru kak ana berkesempatan ke sini dan follow lia , terima kasih kerana sering ke anajingga.com... :)

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed

wahhh..congrats dpt full bf utk 2 tahun,,happy bday yusof..bestnye mama buat sndiri kek bday ya..=)

mrs adam

sedapnya oreo cheesecake!saya suka,bole buat sendiri,tapi cheese mhl.huhu

Zaimah Asan

sedap mmg sedap,tapi barang cheese tu mahal.. :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, KLIA, Nilai, Cyberjaya dan Sepang. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in