Saturday, August 29, 2015

Resepi Cheesecake Oreo

AlhamduLILLAH harini adalah harijadi Yusuf yang ke-2 tahun! AlhamduLILLAH saya berjaya menyusukan Yusuf 2 tahun dan masih menyusukannya sehingga ke hari ini! Tak sangka dapat menyusukan penuh selama 2 tahun! Mula-mula dulu target nak breastfeed Yusuf exclusively 6 bulan je sebab banyak betul dugaan dan cabaran ibu menyusu ni. Lepas tu saya tengok saya lepas target 6 bulan tu dan terus target sampai Yusuf berumur 2 tahun. AlhamduLILLAH dengan izin ALLAH jua hendakNya. :))

Birthday boy muka control handsome meng'test' baju hadiah Paksunyaa.. hihi.. 

Jadi, sempena  birthday Yusuf harini, saya nak kongsikan Resepi Cheesecake Oreo yang saya buat khusus anak saya yang comel ni. :) Nak buatnya mudah je tau.. Jom kita tengok apa bahan-bahan yang diperlukan.

250 digestive biscuits (ni untuk buat cake base)
100-150mg white chocolate
100-150gm butter
250mg mascarpone
250mg cheese
250mg creamcheese
1 paket biskut Oreo (saya beli satu paket besar tapi dalam tu ada peket-peket kecik)

Cara-caranya:
1. Patah-patahkan digestive biscuit dan hancurkan sehingga halus. Patah-patahkan juga biskut Oreo kepada 4 bahagian kecil. Kemudian ketepikan.
2. Cairkan butter dan bila dah cair dan sejuk sedikit gaulkan bersama-sama digestive biscuits tadi.
3. Ambil loyang kek dan padatkan digestive biscuits tadi di bahagian bawah loyang kek untuk dijadikan cake base. Masukkan ke dalam peti sejuk.
4. Ambil mangkuk dan masak white chocolate menggunakan kaedah double boiling.
5. Ambil mangkuk besar dan masukkan mascarpone, creamcheese dan cheese dan gaulkan bersama-sama dengan white chocolate yang dah cair tadi. 
6. Kacau sampai rata kesemua bahan-bahan tadi sampai fluffy (gebu). 
7. Bila dah rata kesemua 4 bahan tadi, masukkan pula biskut Oreo yang sudah dipatah-patahkan ke dalam mangkuk. Kacau sekejap.
8. Keluarkan cake base dan tuang kesemua bahan dalam no.7 tadi ke atas cake base. Ratakan elok-elok. Dan akhir sekali letakkan biskut Oreo diatas adunan.
9. Dah siap! Masukkan dalam peti sejuk dan biarkan semalaman atau sejam (kalau dah tak sabor nak makan. hihihi...)


Rupa kek memang tak semenggah sebab ada hasil kerja tangan anak bujang. hihi.. Tapi sangat
senagkan buatnya! Takyah masuk oven bagai. Semua main masuk-masuk, campak-campak, pastu masuk peti ais. hihi.. Saya pasti you all semua boleh buat. Selamat mencuba! :))

Lots of Love..

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      Emel: rafaliah@yahoo.co.uk


*Click here to order.
**COD disekitar Banting, Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Nilai, Putrajaya.

>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 

Friday, August 28, 2015

Berbudi kepada tanah

Ececece... tajuk entri tak menahann.. hihi.. jom layan gambar-gambar pokok hasil tanaman kami sendiri di rumah. 


Ada pokok sawi, kailan dan cili padi. Bila nak buat sambal belacan, petik je cili padi dari pokok tu... freshh uolss.. hihi...


Ini pokok sambung nyawa katanyaaa... jangan ditanya kenapa namanya gitu.. daku pun first time dengor.. hihi..


Pokok pandan. Ini pun dah separuh buang sebab banyak dan rimbun sangat. Kalau tak dia sorang je konker kawasan ni... hihi...


Pokok bunga raya. Bunganya belum ada.. tapi sekurang-kurangnya kami berjiwa kebangsaan gitu.. hihi.. Selamat Hari Kebangsaan naaa.. :))

Yang ni semua pokok-pokok kat bahagian depan rumah.. Kat belakang ada jugak. Tak sempat nak snap. Nanti dah ada gambarnya saya kongsikan ok.. oraitt... sekian update petang hari.. :))

Lots of Love..

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      Emel: rafaliah@yahoo.co.uk


*Click here to order.
**COD disekitar Banting, Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Nilai, Putrajaya.

>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 

9 tips banyakkan susu ibu

TIPS yang anda boleh cuba untuk banyakkan susu ibu.
  1. Banyakkan minum air/jus buah-buahan/makanan bersup.(sehari dalam 2liter++)
  2. Banyakkan minum susu. Sebaiknya mengambil hidangan susu 3 hingga 4 hidangan sehari. Jika tak cukup boleh tampung dengan ambil 2-4 biji Ostematrix setiap hari. 
  3. Banyakkan makanan berprotein.Protin penting kerana komposisi utama dalam susuibu ialah protien dan protin diperlukan utk membina sel, kulit, rambut dan pertumbuhan yg sihat. Sebab tu saya sangat suka dgn ESP.
  4. Makan nasi panas bersama halia muda (hiris nipis-nipis) campur dengan air asam.
  5. Minum air asam jawa direbus dengan gula merah bersama dengan asam keping.
  6. Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Rebus hingga didih. Minum air rebusan 2-3x sehari
  7. Ambil lobak putih. Cuci bersih dan kisar sehingga halus. Campurkan dengan segelas air suam. Minum 2x sehari. Juga boleh dibuat sup lobak putih.
  8. Sapu sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Layur pada api sehingga layu.Setelah agak suam, tekap daun sirih tersebut pada payudara. Amalkan setiap hari.
  9. Makan lebih sayur-sayuran.. especially sayuran yang dapat membanyakkan air susu ibu seperti brokoli,lobak putih,seleri, sawi putih, peria, Ulam pegaga, Ulam jantung pisang. Jika ada kekangan mendapatkan sayuran yang baik, ambil Vitalea 2 biji sehari untuk menampung lohong-lohong zat yang kekurangan. Dan tambah dengan sebiji Vitamin C sebagai pelengkap.
Dan jika anda berminat nak mengambil supplemen, boleh ambil Set Ibu Menyusu Shaklee nih.. memang Highly Recommended dan ramai customer-customer saya yang berjaya dengan Set Ibu Menyusu Shaklee nih.. termasuklah saya sendiri.. (dengan izin ALLAH jua..)


Lots of Love..

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      Emel: rafaliah@yahoo.co.uk


*Click here to order.
**COD disekitar Banting, Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Nilai, Putrajaya.

>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 

Thursday, August 27, 2015

5 keistimewaan Shaklee Vitalea Iron Formula yang pasti anda nak tahu

Ini produk favourite saya selepas ESP. Shaklee Vitalea with Iron Formula. Bila dikatakan produk favourite pastinya ada banyak keistimewaan padanya. Jom baca apakah 5 keistimewaan Shaklee Vitalea iron formula ini.



1. Produk pertama daripada Dr Forrest C. Shaklee. Dicipta pada tahun 1915 dan sekarang Vitalea dah berusia 100 tahun.
2. Memberikan 28 multimineral dan multivitamin dan diuji secara klinikal. Ujian klinikal ni maksudnya ujian dibuat ke atas manusia, bukan kat tikus ke, arnab ke, kambing ke..
3. Dipatenkan dengan Bioactivated Absorption System secara eksklusif hanya untuk Shaklee untuk memastikan penyerapan asid folik salah satu komponen kritikal.
4. Sebanyak 349 Ujian kualiti dibuat ke atas Vitalea setiap kali Vitalea dihasilkan untuk memastikan ketulenan dan keberkesanan produk. 349 ujian tau, bukan 1 atau 2 ujian. Ujian kualiti ni bukan buat sekali je, maksudnya setiap kali Shaklee nak keluarkan Vitalea dia akan buat ujian kualiti ni dan ianya bukan murah tau..
5. Diformulakan dengan unsur iron (zat besi) untuk memastikan penyerapan Vitamin C. Sesuai untuk ibu hamil, ibu menyusu, pesakit anemia dan remaja. 

Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita), supplement penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang.

Ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak sangat digalakkan mengamalkan pengambilan Vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan iron oleh si ibu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak.

Lots of Love..

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      Emel: rafaliah@yahoo.co.uk


*Click here to order.
**COD disekitar Banting, Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Nilai, Putrajaya.

>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 


6 tanda anak-anak anda kekurangan iron (zat besi)

Selalunya kita dengar ibu-ibu hamil sahaja yang kerap mengalami masalah kekurangan iron (zat besi) dan membawa kepada rendah bacaan hb. Jarang sekali kita dengar kanak-kanak mengalami masalah kekurangan iron. Sebagai ibu bapa kita mesti ambil tahu. Mungkin anak-anak kita nampak sihat sejahtera, ceria dan happy, tapi kita hendaklah kenal tanda anak-anak mengalami masalah ini. Berikut ialah 6 tanda anak-anak anda kekurangan iron (zat besi):
1. Keletihan
2. Muka pucat
3. Denyutan jantung yang laju
4. Mudah pening kepala
5. Kurang selera makan
6. Mudah marah

Jika anak-anak anda mengalami tanda-tanda di atas, jumpa doktor dan doktor akan ambil ujian darah dan akan menyarankan pengambilan supplemen yang mengandungi zat besi. 

Mealshakes mengandungi 19 multimineral dan multivitamin termasuk protin dan fiber, Ia juga mengandungi 18.5mg iron (zat besi) dalam setiap 100g. Retail Price satu canister ialah RM115 dan boleh consume 3 bulan. Manakala Vitalea for Children mengandungi 3mg iron dalam setiap satu tablet. Kombinasikan kedua-duanya untuk memberi nilai tambahan yang lebih baik untuk anak-anak anda. Yang penting kedua-dua vitamin ini selamat dan berkesan. :)


Lots of Love..

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      Emel: rafaliah@yahoo.co.uk


*Click here to order.
**COD disekitar Banting, Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Nilai, Putrajaya.

>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, Kota Warisan, Dengkil, Putrajaya. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in