Friday, July 3, 2015

Tips WAHM #3 --> 20 minit sehari untuk rumah yang bersih dan selesa!

Harini saya ada Tips WAHM yang menarik dan besttt.. Saya pasti semua WAHM suka dengan tips ni.. hihi.. Menjadi WAHM ni bukan mudah, semua perkara mesti disusun dalam jadual, diteliti dan dipatuhi dengan betul, kalau tak semuanya nanti ke lautt.. hihi.. Saya seorang yang sangat sistematik dan sangat mementingkan sistem pengurusan rumahtangga saya berjaya. Ececee.. bunyi macam besor je yea.. haha.. hidup mesti ada sistem, ALLAH sangat sukakan dengan hamba-hambaNYA yang hidup dalam sistem, sehinggakan jika satu-satu sistem itu tidak sesuai, ALLAH mintak kita tukar sistem yang sedia ada. Tapi dalam Al-Quran 'sistem' ini disebut 'pakaian'. 

So, caner nak jadikan pengurusan rumahtangga kita lebih bersistematik terutamanya bab-bab mengemas rumah ni? Haaa.. saya pasti para WAHM seperti saya mempunyai kesukaran bab-bab nak mengemas rumah ni. Bukanlah nak bagi cantik sentiasa tapi cukup sekadar bersih dan selesa sebab kita duduk dengan anak-anak sepanjang hari di rumah! Betul kan? Hmm.. jadi caner yea? Nak mengemas seminggu sekali ke, nak mengemas 2 minggu sekali ke, atau sebulan sekali? Ini nak share tips dengan anda semua. Sehari 20 minit sahaja. 

Buat jadual dari 1hb - 30/31hb dan tuliskan apa yang nak dikemaskan setiap hari tapi limit dalam 20 minit sahaja. Sebagai contoh gambar kat bawah ni saya punya jadual dari 21-30hb apa nak kemas, nak tukar, nak cuci, nak dibasuh semua saya tulis. Tapi jadual ni dari 1hb dah hilang lak, kena buat balik nampaknya ni.. hihi.. Bila dah buat jadual gini mudah untuk kita nak mengemas, sehari kita hanya buat satu bahagian sahaja, dalam sebulan lengkap seluruh rumah dah bersih! 


Selamat mencuba! :))

Lots of Love..

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      Emel: rafaliah@yahoo.co.uk


*Click here to order.
**COD disekitar Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Nilai, Banting, Putrajaya.

>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, Kota Warisan, Dengkil, Putrajaya. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in