Monday, July 6, 2015

Tips mengatasi anak yang suka merengek --> Attend within 10 seconds

Anak sape yang tak suka merengek? Angkat laptop! hihi.. saya pasti anak-anak kecil yang berusia di lingkungan bawah 2 tahun pasti suka merengek-rengek, tak kiralah sama ada merengek kecik mahupun rengekan besar, mesti ada sesuatu yang mereka mahu sampaikan. Inilah 'jihad' anak-anak kecil kerana mereka masih belum upaya bercakap dan memahami. Lantas, rengekan dan tangisan menjadi alat bantuan untuk mereka merealisasikan kehendak mereka.


Namun, adakala kita sebagai ibu bapa rasa rimas dengan tangisan dan rengekan si kecil lantas membiarkannya terus menangis dengan harapan moga suatu hari nanti si kecil akan belajar erti berdikari. Moga sekejap lagi anak akan berhenti dengan sendiriya sebab kepenatan. Takde maknanyaaa..! Di sinilah kesilapan kita. Membiarkan anak terus menangis dan merengek dan biarkan mereka berhenti dengan sendiri apabila sudah penat. Tahukah anda secara tidak sedar anda telah mendidik anak anda menjadi seorang yang suka memberontak setelah mereka membesar nanti? Saya tanya anda, apa hasilnya yang anda perolehi jika terus membiarkan anak merengek dan menangis tanpa henti? Bahagia? Puas hati? Atau makin rasa tertekan? 

Jadi, hari ini saya ingin berkongsi satu tips yang saya sendiri pun dah apply kepada anak-anak saya terutamanya Yusuf yang masih berumur 23 bulan. Tips ini saya dapat di kelas tafsir Al-Quran. Ustaz ini pesan, apabila anak menangis, attend within 10 seconds! Cepat-cepat tengok anak bila mereka menangis atau merengek. Mereka hanya perlukan perhatian kita, itu saje. Hentikan seketika kerja anda dan lihat anak, pujuklah anak.. Anda mesti akan nampak perbezaan anak anda bila anda attend within 10 seconds bila mereka menangis. Percayalah 10 saat yang anda korbankan, anak anda akan beri berjam-jam lamanya untuk anda menyelesaikan tugas atau kerja anda. 

Anak saya Yusuf pun suka merengek. Bukannya apa pun. Kadangkala merengek sebab nak mainan tapi nak ambil tak dapat. Nak bercakap tak pandai lagi. Baru sikit-sikit je tahu. Jadi, rengekan dan tangisan adalah alat bantuannya! Saya attend within 10 seconds bila dia menangis. Saya amalkan dalam masa seminggu.. Dan magic happened... Yusuf yang selalu suka menyibuk setiap kali saya nak masak dan buat kerja-kerja rumah, dia dah tak kacau saya dah! Disebabkan 10 saat itu, dia boleh duduk diam dan bermain hampir 2-3 jam tanpa menganggu saya! Dann.. paling besttt.. sejak saya amalkan tips attend within 10 seconds ini, Yusuf dah kurang sangat merengek dan menangis! AlhamduLILLAH. Mudahnya kan..! Hanya 10 saat boleh merubah sikap anak.

Jadi, untuk ibu bapa yang ada masalah anak-anak suka merengek atau menangis macam kes saya ni, saya sangat sarankan anda cuba apply tips yang saya bagi ini. Cuma attend within 10 seconds bila anak-anak mula merengek atau menangis. Cuba untuk seminggu dan saya pasti anda akan nampak perubahan pada anak-anak anda. 

Percayalah! :))

Selamat mencuba! 

Lots of Love..

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      Emel: rafaliah@yahoo.co.uk


*Click here to order.
**COD disekitar Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Nilai, Banting, Putrajaya.

>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 


0 comments:

 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, KLIA, Nilai, Cyberjaya dan Sepang. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in