Wednesday, July 22, 2015

5 sebab serangan jantung ketika berhari raya

Kita masih lagi dalam mood berhari raya. Bermula minggu ini setiap hujung minggu akan ada rumah terbuka. Rumah terbuka pula bukan satu atau dua rumah tapi sampai 5-6 buah rumah! Haa.. camne tu yea.. nak kawal makan, nak memandu lagi, mau stress, ye tak? Jaga-jaga, ini boleh mengundang serangan jantung tau.. 


So, harini saya nak kongsi 5 sebab serangan jantung ketika berhari raya.

1. Juadah hari raya yang mewah. Macam-macam ada ketupat, lemang, rendang, biskut-biskut raya yang tinggi kandungan gula dan lemak. Makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak akan menyebabkan kolestrol 'clog' di dalam saluran darah yang akhirnya mengundang serangan jantung.
2. Tidak mengawal nafsu makan. Jika sepanjang Ramadhan kita akan pantang makan, ada makanan yang kita tak makan, tapi bila tiba Hari Raya, semua pun makan.
3. Tekanan. Tekanan disebabkan kesesakan jalanraya semasa perjalanan pulang ke kampung, tidak cukup rehat, tidak cukup tidur, ziarah-menziarahi. Tekanan ini akan mengundang emosi yang tidak stabil yang akhirnya menyebabkan serangan jantung. 
4. Klinik dan hospital tutup di waktu cuti hari raya. Jika ada hospital yang buka masih rasa tidak selesa kerana sudah biasa dengan doktor yang merawat kita sebelum ini.
5. Tertinggal ubat di rumah. 

Jadi, pastikan kita mengawal cara pemakanan kita sepanjang Syawal ini. Syawal bukanlah bulan pesta makanan tetapi Syawal adalah bulan untuk meraikan kemenangan kita kerana berjaya berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan dan akhirnya menjadikan kita hambaNya yang bertaqwa. 

Saya dan suami lebih suka mengambil langkah mencegah dengan membawa bekalan vitamin ketika ziarah-menziarahi. Antara vitamin yang sesuai dibawa semasa menghadiri rumah terbuka ialah Omega Guard, Alfalfa, Herblax, Cinch Tea (yang ni boleh letak 1-2 sachet dalam handbag, pastu boleh minum dimana-mana), dan B-Complex (takde rasa stress memandu dengan gelagat anak-anak kekdahnya..hihi.. dan boleh kawal stress bila jalan jem..hihi.. ).

Semoga perkongsian di atas memberikan peringatan kepada kita semua agar bersederhana sepanjang Syawal ini. :))

Lots of Love..

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      Emel: rafaliah@yahoo.co.uk


*Click here to order.
**COD disekitar Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Nilai, Banting, Putrajaya.

>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 

3 comments:

Jari Manis

TErima kasih sudi singgah di blog JM ye Lia...ini kunjungan balas ye

Jari Manis

perkongsian yg menarik dan sebagai panduan semua

ietams

pendek kata tak boleh beraya sakan la kan sampai lupa jaga kesihatan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, Kota Warisan, Dengkil, Putrajaya. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in