Wednesday, June 10, 2015

Tips WAHM --> Buat jadual

Rutin harian seorang WAHM adalah sangat sibuk berbanding mereka yang bekerja. Saya bercakap atas pengalaman saya sendiri. Waktu saya bekerja dulu, memanglah kita sibuk dengan assignment yang boss bagi, tapi kita masih ada masa untuk minum pagi, makan tengahari, minum petang, dan solat. Bila saya berhenti kerja dan buat Shaklee full-time di rumah, sebulan yang pertama sangat kelam kabut kerana saya perlu menyesuaikan diri untuk membahagikan masa antara melakukan kerja-kerja rumah, mengasuh anak-anak dan melakukan kerja-kerja bisnes saya. Haaa... korang rasa-rasa ada tak yang kelauttt..? hihihi.. mestilah ada! Jadi, saya nak berkongsi satu tips wahm hari ini iaitu buat jadual.

Jadual sangat penting kalau tidak kita akan end up tengok tv sepanjang hari atau baca novel sepanjang hari atau tidur hampir 8 jam sehari! haha.. last-last semua kerja tak siap. Jadi, buat jadual, TULIS pukul berapa nak bangun, pukul berapa nak tidur, pukul berapa nak mandi, berapa lama nak mandi (haha.. kang berdondang sayang dalam bilik air terus sejam dalam bilik air je kang), berapa lama nak masak.. semuanya perlu disusun atur dengan teliti dalam jadual tersebut. Untuk bab masak-masak ni pulak, buat lagi satu jadual, apa menu setiap hari, dari hari Isnin sampai Ahad. Pastu janganlah masak masakkan ala-ala hotel lak.. haha.. masak yang simple-dimple je sudah. Bahan-bahan masakan sediakan sesiap. Contohnya bawang, cili, dah dikisar dan simpan dalam bekas, sayur pulak dah dipotong, dicuci dan disimpan dalam bekas boleh tahan lama (paling kurang untuk 3 hari), haa.. gitu.. jimat masa dan lebih teratur rutin harian kita bila semua dah disusun dalam jadual. Kemudian boleh buat jadual untuk anak-anak di rumah. Macam saya ikut contoh dalam gambar di bawah ni.. saya buat untuk Yusuf. Boleh melatih Yusuf disiplin dari kecik. hihi..


Jadi, untuk bakal WAHM atau anda yang baru saje menjadi WAHM, boleh apply tips di atas. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian 012-2541296 (sms | call | whatsapp | telegram). 


Lots of Love..

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      Emel: rafaliah@yahoo.co.uk


*Click here to order.
**COD disekitar Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Nilai, Banting, Putrajaya.

>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 

4 comments:

Siti Yang Menaip

wow siap buat jadual.. tapi bagus..
ada sistem yg baik untuk diikuti..

el

salute kat ibu2 yg WAHM ni
mmg teringin nak jd status mcm tu
ntah bila hehe

Aisy Nasiha

Anak anak macam mana? Saya terfikir jadual yang dibuat mungkin tak boleh ikut sebab anak2 ada masanya macam2 hal.. macam masa cuti 2 minggu ni.. kelam kabut juga masa budak berdua ni tak nak tdo siang, kelam kabut masak pada pukul 6 ptg sambil dukung budak 3 tahun ni.

tiga lalat

salam. hee jadual yg padat,info yg berguna, rejeki shaklee yg masyukkk., ;p

 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, KLIA, Nilai, Cyberjaya dan Sepang. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in