Thursday, May 28, 2015

Tips WAHM --> ME TIME!

Bila dah jadi WAHM, saya merasakan tak cukup masa, mana nak uruskan anak-anak, nak gi poslaju, nak packing order, nak coaching downlines, nak uruskan hal-hal rumah., wahh! banyajnya nak kena buatt dalam sehari! 24 jam sehari tak cukup rasanya! Sehinggakan saya merasakan takde masa untuk diri sendiri. NO ME TIME! Haa... nak sangat jadi WAHM kan.. hihi.. jadi harini saya berkongsi TIPS bagaimana nak dapatkan ME TIME, masa kita sendiri di rumah.


Sebenarnya kita boleh dapat ME TIME masa kita solat dan baca Al-Quran. ME TIME di sini bukanlah bermaksud boleh ke spa ke, boleh ke salon ke, boleh gi shopping ke.. hihi.. ME TIME di sini ialah waktu itu hanyalah antara kita dengan ALLAH. Sehari solat fardhu 5 kali, jadi kita ada 5 waktu ME TIME! Banyak tuu.. betul tak? Jadi, setiap kali lepas solat mengadulah kepadaNya, ceritalah kepadaNya bagaimana penatnya kita, letihnya kita, susahnya kita, gembiranya kita.. mengadulah apa sahaja. Ya ALLAH, penatnya harini Ya ALLAH, Engkau berilah aku kekuatan dan kesabaran. Apa? Tak cukup waktu ME TIME 5 kali sehari? Ok, kita tambah pula dengan 1-2 jam mengaji Al-Quran. Masa kita mengaji, kita baca sekali terjemahannya. In Shaa ALLAH, bila kita baca dengan baca terjemahannya, kita akan lebih faham dan hati kita akan lebih tenang dan lega. Mengaji dan solat ini adalah waktu untuk kita rehat. ALLAH dah beri sebenarnya waktu rehat kita tu setiap hari, jadi jangan lupa ambil waktu rehat ini. Waktu rehat ini adalah ME TIME kita yang sebenar-benarnya. 

Jadi, untuk WAHM semua, dan bakal WAHM, jangan fikir bila kita di rumah kita takde ME TIME kita... sebenarnya ALLAH dah sediakan dan dah beri masa tu pada kita. Jangan kita pulak lupa ambilnya yea.. Semoga perkongsian yang ringkas in memberi manfaat kepada kita semua. :)

Lots of Love..

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      Emel: rafaliah@yahoo.co.uk


*Click here to order.
**COD disekitar Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Nilai, Banting, Putrajaya.

>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, Kota Warisan, Dengkil, Putrajaya. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in