Tuesday, February 10, 2015

Tips Sabar --> Kelas Bangkit 2.0

Hari Sabtu 7hb Februari, 2015 saya dapat menghadirkan diri ke Kelas Bangkit anjuran Puan Ellyzia Khalid di FTC Bangi. Pada awalnya saje nak datang kelas sebagai student sebab nak amik balik momentum.. last-last mentor saya mintak saya jadi speaker lak.. hihihi.. topik saya haritu Cabaran Jutawan. Haa.. nak jadi jutawan ni sangat banyak cabarannya.. saya yang masih di rank Sr Coordinator ni pun dah macam-macam lalui berbeza sangat masa saya bekerja dulu. Benar, 9/10 rezeki datangnya dari berniaga, tapiii.. dugaanNya pun 9/10 tau.. huhu.. Tipsnya di sini hati mesti cekal, tabah, kuat dan sabar.. Ramai di kalangan kita tewas dalam bab sabar sebab syaitan pasti akan membisikkan perkara-perkara yang membuatkan kita rasa nak menangis sekiat-kuat hati, rasa nak gi marah orang, marah anak-anak.. huhu.. sabar, sabar.. perbanyakkan Istighfar.. setiap kali rasa hangin datang cepat-cepat Istighfar.. cepat-cepat ambil wudhu' dan mengaji.. In shaa Allah, lepas tu kita pasti akan rasa lega.

Saya juga ada berkongsi bagaimana kita nak terus kekal sabar dan cekal hati.. mudah sahaja.. Berdoalah bersungguh-sungguh..! Apa sahaja yang kita rasa saat kita sedih, kecewa, down, lemau, luahkannya di dalam doa kita. Menangislah sepuas-puasnya semasa berdoa, in shaa ALLAH, Dia pasti balas dengan memberikan hati kita rasa lapang, bahagia dan gembira. 

Kemudian, berbuat baiklah sesama manusia. Hablum minALLAH, wa hablum minnannas. bebruat baik dengan Allah, dan berbuat baik sesama manusia. Kita hidup bukan untuk diri kita sendiri sahaja. Kita berniaga pun bukan untuk diri sendiri dan keluarga. Tapi kita berniaga untuk memberi lebih kepada orang-orang di sekeliling kita. Itulah konsep berniaga sebenar di dalam Islam. 

Meh layan gambar jap.. hihi..


Banyak lagi sebenarnya perkongsian saya dan rakan-rakan hari tu.. tapi ini sebahagian yangs aya dapat kongsikan dengan anda.. Ada lagi TIPS dan Cara atasi cabaran yang lain, tapii.. yang tu anda semua kena hadir ke kelas lah yea.. hihihi.. tujuan kelas ni dibuat adalah untuk berikan semangat dan momentum kepada semua susur galur kami untuk terus bangkit dan maju dalam bisnes Shaklee ini. Kelas ni actually EXCLUSIVE untuk susur galur kami.. jadi, jika anda adalah susur galur saya, anda boleh join kelas ni ok..! :) EXCLUSIVE untuk kita-kita ajer..! :))

Lots of Love..

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      Emel: rafaliah@yahoo.co.uk


*Click here to order.
**COD disekitar Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Nilai, Banting, Putrajaya.

>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 

3 comments:

LYAfrina

betul tu..
sabar ialah salah 1 kunci kejayaan..

Mardiah Diana

Salam singgah sini...setuju sangat...setiap apa yang kita buat perlukan kesabaran....

 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, KLIA, Nilai, Cyberjaya dan Sepang. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in