Thursday, January 8, 2015

Resepi mudah jus avokado

Khasiat jus avokado sangat banyak. Antaranya ialah buah avokado kaya dengan protin, kalsium, zat besi, potasium, dan riboflavin. Antara khasiatnya pula ialah boleh mengawal tekanan darah, menjadikan kulit cantik bersih, anti penuaan (awet muda ni you all..! hihi..), menjaga mata dan banyak lagi. Jadi semalam kami buat jus avokado. Harini saya kongsikan resepinya.. 

Bahan-bahan:
1 biji buah avokado
2 gelas susu segar
1 sudu teh susu pekat manis (agak-agak je.. kalo manis boleh kurangkan)
Beberapa potong coklat (saya gunakan coklat bar jenama Van Houten yang kecik dan gunakan separuh bar coklat tersebut)
Beberapa ketul kiub ais

Cara-caranya:
1. Potong buah avokado, buangkan bijinya dan korek isi buah dengan sudu. 
2. Masukkan susu segar, susu pekat manis, coklat dan buah avokado yang telah dipotong tadi ke dalam blender.
3. Masukkan beberapa ketul kiub ais. 
4. Blend semuanya sekali. Lagi lama kita blend, lagi jus tu akan pekat. 

Dan kemudian, sedia untuk diminum! Simple kan! hihi.. saya tambahkan satu sudu besar ESP dan shake, shake..! Nak blend sekali dengan ESP pun boleh.. saya tak campur sekali sebab suami takmo.. hihi.. sedapppp ok rasanya.. Yusuf pun minum hampir segelas! haha.. dan yang bestnya, jus avokado ni adalah resepi 'milk booster' saya yang terbaruuuu...! Susu banyak tau.. Yusuf pun tido lena lepas menyusu.. Kenyang tau minum jus avokado ni.. ditambah pulak dengan ESP kan, memang kenyang lamaaaa... perut pun rasa selesa. 


Selamat mencuba! (^_^)

Lots of Love..

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      Emel: rafaliah@yahoo.co.uk


*Click here to order.
**COD disekitar Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Nilai, Banting, Putrajaya.

>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, KLIA, Nilai, Cyberjaya dan Sepang. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in