Wednesday, January 21, 2015

6 Tips mengajar anak di rumah (khusus untuk surirumah macam saya...yang bukan surirumah pun boleh apply.. hihi..)

Entri harini saya nak kongsikan 6 tips mengajar anak dirumah.. hihi.. entry nak cite pasal Irfan sebenarnya.. AlhamduLILLAH.. semalam chegu Irfan bagitau Irfan dapat masuk kelas nombor 2. Saya betul-betul tak sangka sebab Irfan ni start masuk prasekolah pun dah umur 6 tahun berbanding kawan-kawan dia yang lain start masuk umur 5 tahun. Lepas tu Irfan ni pulak jenis suka mainnnnn... apapun dia buat mesti nak mainn... belajarnya sikit tapi mainnya banyakk... Lagi satu Irfan ada masalah asthma dan boleh dikatakan seringkali tak dapat hadir ke sekolah bila tak sihat.. definitely dia banyak ketinggalan.. hati ibu mana tak risau.. masa memula masuk prasekolah tahun lepas tu Irfan ni kategori zero basic. Dia tak tahu menulis, mengira dan membaca. Tapi saya selalu pesan dengan dia kat sekolah apa chegu suruh buat, buat.. jangan banyak tanya., chegu suruh tulis, tulis elok-elok, chegu suruh kaler, kaler cantik-cantik, chegu suruh lukis, lukis baik-baik, chegu suruh bersenam, bersenam sungguh-sungguh. Itulah pesanan saya. Dan itulah juga kunci untuk berjaya. Dengar cakap chegu. AlhamduLILLAH, hasilnya Irfan dapat masuk kelas nombor dua. Masa prasekolah dulu Irfan duduk kelas last sekali tau.. huhu..




Jadi, saya nak share sikit tips-tips yang saya applikasikan kat Irfan.. maklumlah saya ni WAHM, surirumah, masa sangat limited tapi setiap hari saya akan cuba fully utilized masa yang ada untuk suami dan anak-anak.
1. Masa nak mengajar tu duduk sekali dengan Irfan. Saya fokus kat dia sorang je.. Ipad, Iphone, Lappy semua saya letak tepi dan fokus untuk mengajar Irfan. Berikan sepenuh tumpuan pada dia.. disebabkan dia selalu nak main, saya ajar dia tak lama, dalam 10-15 minit sahaja tapi amat berbaloi sebab Irfan akan fokus apa yang saya ajarkan.

2. Saya mulakan dengan subjek yang Irfan suka. Masa nak start mengajar tu saya akan tanya dia nak start dengan BM ke, Maths ke, English ke atau Iqra'. Irfan jawab dia nak baca Iqra' so saya mulakan dengan subjek Iqra'. Saya start ajar Iqra' kat Irfan masa dia umur 4 tahun. Tak lama kemudian selepas 6 bulan dia sendiri nak baca buku yang lain-lain.

3. Bila Irfan menulis saya pastikan dia tulis cantik-cantik. Saya akan duduk sebelah dia setiap kali dia nak buat kerja sekolah. Kalau tulisan tak elok, saya akan suruh dia buat balik sampai cantik. Hihi.. kejamkah..? Oh tidak.. kalau tulisan tak elok nak baca pun susah wehh.. hihi.. Saya akan pastikan dia habiskan kerja sekolah dia dan kemudian saya bagi upah. Tak kisahlah upah ni bentuk apa.. makanan ke, minuman ke, aiskrim ke, mainan ke.. hihi.. tu sebab Irfan banyak collection lego dia.. tapi lepas 6 months kami stop reward.. tengok keadaan baru kami bagi reward.

4. Untuk subjek English saya ajar English Phonics sebab English lebih mudah dan menarik untuk belajar dalam bentuk muzik. Kemudian saya banyakkan bercakap perkataan dan ayat-ayat pendek dalam English seperti eat, drink, sleep, put it in the bin, put it in the sink, sit here etc etc..

5. Saya disiplinkan Irfan waktu makan, main, belajar, solat dan tidur. Ini adalah lagi satu advantage untuk ibu-ibu seperti saya yang tidak bekerja. Jadi bila anak-anak di jaga rapi, In Shaa ALLAH lagi mudah mereka nak fokus dalam pelajaran.

6. Saya berikan sokongan vitamin untuk Irfan. Sebenarnya bukan sejak saya kenal Shaklee baru saya beria-ia nak bagi vitamin tapi sejk sebelum kenal Shaklee lagi. In fact dari saya kecik arwah abah saya memang disiplinkan kami untuk makan vitamin. Hatta walau sebijik multivitamin pun kena makan jugak. Ini penting untuk memberikan tenaga dan kecerdasan anak-anak. Now, Irfan sendiri yang akan ambil sendiri vitamin-vitamin dia untuk makan. Antara vitamin yang Irfan ambil ialah Mealshakes, Vitalea for Children, Chewable Vitamin C dan Omega Guard.

Inilah 6 tips yang saya apply untuk Irfan. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada kita semua. Sebagai ibu bapa apa yang paling penting ialah DOA dan KEYAKINAN kita kepada anak-anak. Walaupun anak-anak tak fokus masa sekarang, suka bermain, suka tengok tv tapi kita DOA dan YAKIN dengan ALLAH bahawa satu hari nanti anak akan berubah dan akan terus cemerlang. Last but not least walaupun anak nakal atau hyperactive pastikan kita DISIPLINkan anak-anak. Disiplin memakan masa tapi hasilnya amat maniss.. 

Semoga Irfan akan terus cemerlang dan diberikan hidayah untuk terus berjaya dalam pelajaran. Ameen..

Lots of Love..

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      Emel: rafaliah@yahoo.co.uk


*Click here to order.
**COD disekitar Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Nilai, Banting, Putrajaya.

>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 


6 comments:

wahida

wow..tq for the great info...

tahniah jugak buat irfan..

Mimi Azirah

tahniah irfan.. perkongsian tips yg bagus.. leh try nti kat anak anak...

Mimi Azirah

tahniah irfan.. perkongsian tips yg bagus.. leh try nti kat anak anak...

Mimi Azirah

tahniah irfan.. perkongsian tips yg bagus.. leh try nti kat anak anak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, KLIA, Nilai, Cyberjaya dan Sepang. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in