Tuesday, January 27, 2015

3 Tips Ibu Menyusu Kurus

Mesti tak sabar nak tahu apa itu 3 tips untuk ibu menyusu nak kurus kan... hihi.... sabar-sabar.. dah 2 hari blog tak berupdate! Weekend lepas balik kampung banyak urusan dengan Mak dan keluarga. Sejak mak tinggal sorang ni ke mana-mana pun tunggu Maksu atau Pakcik bawakkan.. so, weekend lepas setelkan apa yang patut. Apapun bersyukur kerana Mak masih panjang umur dan masih sihat. AlhamduLILLAH. 

Ok, jom teruskan dengan 3 tips bagaimana ibu menyusu nak kurus. Macam saya ni... sejak dari awal menyusu sampai sekarang Yusuf dah 18 bulan, masih menyusu, tapi berat badan tak naik-naik.. hihi.. meh saya kongsikan rahsia saya..

1. Banyakkan minum air kosong.. yeaaaa... ini penting.. sebab 80% komposisi susu ibu ialah air. Bila kita menyusu kita kerap lapar.. tapi tahu tak kadang-kadang tu bukan lapar pun sebenarnya tubuh badan kita kekurangan air. Jadi, bila rasa lapar, cepat-cepat minum air. Cer tengok after sejam ada tak lagi rasa lapar tu.. kalau ada, silalah makan makanan yang ringan seperti roti ke, minum susu ke.. bukannya makan nasik ataupun kek, atau donut.. huhu.. 

2. Menyusu anak sekerap mungkin ataupun jika anda berada di pejabat, pam setiap 3-4 jam sekali. Jangan biarkan melebihi 4 jam baru nak pam. Bila konsisten direct feeding atau pam, production susu juga akan konsisten. Ini kerana setiap ibu menyusu akan membakar kalori sebanyak 500 kalori setiap kali menyusu! Haa.. banyakk tu.. takyah nak berjoging sangat.. jogging 2-3 kali seminggu je cukup atau bersenam 20 minit sehari pun dah memadai. Menyusu je pun dah boleh bakar kalori ok!

3. Last sekali, amalkan makanan tinggi kandungan protin berkualiti tinggi dan juga tinggi kandungan serat. Ini pengalaman saya sendiri.. setiap kali lepas breakfast pukul 8pagi, saya akan susuli dengan segelas Shaklee ESP dan kemudian diikuti dengan 10 biji Alfalfa. Hasilnya saya tak rasa lapar langsung untuk 5 jam! Lamalah tu kan! Dan yang best part ialah susu tetap banyak. Memang best ESP dan Alfalfa ni.. membantu mengawal rasa lapar dan memberikan rasa kenyang yang lama. tak caya you all boleh tryyy... 


Itu sahaja perkongsian saya 3 rahsia untuk ibu menyusu nak kurus. Anda boleh amalkannya yea.. Moga memberi manfaat dan semangat untuk ibu-ibu menyusu diluar sana meneruskan perjuangan susu ibu anda. Saya tinggal lagi 6 bulan sahaja lagi untuk menyusukan Yusuf sepenuhnya. Dah terbayang-bayang dah semalam caner lar perasaan saya bila wean off nanti.. mesti sedih.. huhu.. ok, tanak pikir..! Baki 6 bulan ni saya akan berikan yang terbaik untuk Yusuf! Chaiyokk! (^_^)

Oh ya! Promosi Alfalfa tinggal lagi 4 hari sahaja tau.. Kalau nak boleh hubungi saya untuk mendapatkannya pada harga diskaun 30%! 

Lots of Love..


Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      Emel: rafaliah@yahoo.co.uk


*Click here to order.
**COD disekitar Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Nilai, Banting, Putrajaya.

>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 

0 comments:

 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, KLIA, Nilai, Cyberjaya dan Sepang. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in