Friday, December 5, 2014

Bila Abang Irfan bersunat

Musim cuti sekolah mulalah ramai yang bersunat... anak saya Irfan juga tidk ketinggalan.. Irfan bersunat hari Isnin lepas, harini dah Jumaat, dah hari ke-5 dalam proses recovery. Masa nak bersunat kat klinik punyalah jenuh memujuk dan slow talk dengan dia.. huhu.. seminggu sebelum tu kat rumah pun dah slow-talk dengan dia.. menangis? merengek sikit-sikit.. tapi boleh control lagi.. hihi.. 

Ni gambar sebelum bersunat.. gayanya macam merenung masa depan je.. hikhikhik.. maklumlah nak jadi lelaki dah kan.. hihi..

Ni pula gambar lepas bersunat.. ececece.. senyum sebab dapat sijil kenangan gitu.. 

Itu cite sebelum ubat bius abes.. haha.. lepas je abes ubat bius tu apalagi... dia punya meraung nak bersihkan keliling tempat bersunat tu pun horror ..! meraungggg... Ummi belum cuci lagi dah kata sakit.. huhu.. semalam bawak ke klinik utk proses bukak balutan.. dia pun apalagi... meraunggg satu klinik dengor... ! huhu.. saya, suami dan dua orang nurse pegang dia untuk bukak balutan tu.. aduyaiii anak bujangkuuu... horror giller..! 

Now, proses nak baik luka dan nak cucikan sajer setiap hari.. Saya letakkan Zink untuk mempercepatkan proses pembaikan luka. Zink tu saya tumbuk-tumbuk bagi hancur dan tabur,an kat tempat bersunat tu.. cepat keringg.. Siap cakap takmo ayah buatkan nak Ummi buatkan.. adehh... Ummi pun kenalah buattt... hihihi.. first time seumur hidup ku jadi 'nurse' untuk anak berkhatan! haha.. 

Doa saya semoga Irfan cepat sembuh dan boleh aktif kembali seperti biasa.. Rindu nak lihat Irfan berlari, bermain, bercakap potpetpotpet.. (^_^)

Lots of Love..

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      Emel: rafaliah@yahoo.co.uk


*Click here to order.
**COD disekitar Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Nilai, Banting, Putrajaya.

>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 



2 comments:

Kakzakie

Kakak tak ada anak lelaki Lia. Tak dpt bayangkan ngilu dan ngerinya. Sedangakan anak injection dari baby sampai besar kakak tak berani pegang dan tengok.. macam nak terkencing setiap kali membayangkan.

Moga anakanda Irfan cepat sembuh ye sayang.. dan bujang dah sekarang hihi..

lia ummiirfan

huhu... kak zakie saya first time rasa gini.. masa dia nakmasuk bilik doktor nak bersunat tu kecut jugak perut saya jadinya,, rasa cam nak beranak balik.. huhu..

Terima kasih atas doa kak zakie.. :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, KLIA, Nilai, Cyberjaya dan Sepang. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in