Tuesday, December 16, 2014

7 tips agar anak mudah berkomunikasi

Malam ni nak share tips agar anak mudah berkomunikasi atau mudah bercakap. Actually 7 tips saya nak share ni saya dah applied kat anak-anak saya dan hasilnya memang anak-anak saya especially Irfan peramah..! hihi.. bila ada tetamu datang ke rumah memang rajin dia melayan borak.. potpetpotpet je kejanya.. ada je idea dia nak borak.. kalau My Lovely Customer datang lak mulalah dia cite kisah dia yang dulu asthma teruk sekarang ni dah sihat.. siap bagitau dia makan vitamin ape.. hihihi.. testimoni bergerak gitu.. Yusuf pun sama, walaupun baru tau 3-4 perkataan, tapi dia juga tak berhenti bersuara dengan bahasanya sendiri.. hihi.. jadi Ummi layankan sajer.. janji anak-anak happy.. 


Oklah, saya share kan tips ini yea.. 

1. Ibu bapa perlu sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak. Komunikasi dua hala adalah komunikasi yang sangat berkesan agar anak rasa lebih yakin apabila soalan-soalannya di jawab.

2. Jangan abai soalan yang ditanya oleh anak-anak. Jika ini berlaku, anak-anak akan rasa terpinggir. Layanlah soalan-soalan mereka agar mereka rasa lebih yakin menyusun ayat dan dengan cara ini juga kosa kata mereka akan berkembang.

3. Jangan takut untuk katakan kita "tidak tahu" kepada soalan yang ditanyakan oleh anak-anak, (contoh, mana matahari pergi bila waktu malam?! atau Allah ada dimana?!). Katakan pada mereka, yang kita akan berikan jawapan kemudian. Maka berusahalah untuk mendapatkan jawapan. Jangan hampakan mereka.

4. Berikan sepenuh tumpuan kepada anak-anak ketika berkomunikasi. Pandang mata mereka dan sebut perkataan sejelasnya, agar anak benar-benar fokus kepada perbualan tersebut.

5. Bila bertemu dengan kawan-kawan kita, kenalkan anak-anak kepada rakan-rakan kita. Galakan anak-anak untuk salam dan tanyakan khabar pada kawan-kawan kita. Ini juga salah satu cara untuk membentuk keyakinan diri anak-anak dalam berkomunikasi dengan orang yang baru dikenali.

6. Ibu bapa harus elak menggunakan perkataan-perkataan pelat seperti "cucu" (susu), "cini" (sini), bila berkomunikasi dengan anak-anak kecil. Sebut perkataan dengan jelas (tanpa pelat) dengan itu anak akan lebih cepat berkomunikasi dengan baik.

7. Sekali sekala, sebut perkataan Inggeris bagi satu-satu objek/benda yang boleh dilihat oleh anak-anak. Contoh, "tengok car depan tu. Cantikkan?!" "Seronok tak pergi school?!" Ini pun salah satu cara tingkatkan self-confident anak-anak serta kosa kata bahasa Inggerisnya.

Pada saya secara peribadi, kita sebagai ibu bapa memang memainkan peranan penting untuk anak-anak membesar dan berkomunikasi. Kena rajin berborak, bercakap, bertanya.. itu sahaja cara untuk menggalakkan mereka bercakap, berkomunikasi.. sebab jika kita terlambat atau terleka, anak-anak akan terus membesar sampai satu tahap bila dah remaja dewasa tak pandai berkomunikasi nanti orang kata sombong lak kan.. Apapun pastikan komunikasi kita dua hala.. takmo kita je bercakap anak-anak takleh bersuara atau bagi pendapat.. sekali-sekala kita perlu menjadi pendengar mereka jugak.. percayalah, anak-anak akan lebih faham apabila kita rajin apply 7 tips di atas.

Selamat Mencuba! :))

Lots of Love..

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      Emel: rafaliah@yahoo.co.uk


*Click here to order.
**COD disekitar Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Nilai, Banting, Putrajaya.

>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 


3 comments:

Puan Kutu

tips yg bagus..baru tadi baca tips yg sama dekat blog mama adam aleesya..

lia ummiirfan

This comment has been removed by the author.

anamizu

wahhh bagus tips ni wlupon ana blm kawen lg. bagus utk masa depan hehe

*TQ jemput Ana join GA ummi. inshaAllah nti Ana join ye :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, KLIA, Nilai, Cyberjaya dan Sepang. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in