Saturday, November 29, 2014

Toasted Bread with Mushroom Sausages Omelette

Pagi tadi buat breakfast western.. hihi.. percaya tak sekeping roti ni bersalut telur dadar, cendawan dan sosej amat mengenyangkan. Rasa macam makan 2 pinggan nasi, ok.. haha.. 

Oklah, saya share resepinya yea.. Actually, resepi ni saya dapat dari blog Ilham Dapur.

Bahan-bahannya:
Telur 4 keping
Sosej 3-4 ketul ( betul ke ketul ekk.. saya belasah je ni.. hihi)
Bawang besar setengah biji
5 cendawan butang (hiris nipis)
3 biji telur
3 sudu besar susu segar
Sedikit lada sulah
4 keping keju 
Sedikit minyak zaitun untuk menggoreng

Cara-caranya:
1. Hiris nipis sosej tadi dan bawang mayangkan. Kemudian gorengkan bawang dengan minyak zaitun. Angkat ke dalam pinggan dan gorengkan pula sosej yang dihiris nipis tadi. Balik-balikkan dan bila dah masak sekata angkat letak dalam pinggan.
2. Sapukan roti dengan butter di kedua-dua belah dan gunakan kuali non-stick untuk memasak roti tadi.
3. Pecahkan 3 biji telur dan pukul bersama susu dan lada sulah.
4. Dalam kuali yang sama (no.1), masukkan butter sedikit dan kemudian susunkan sedikit cendawan yang telah dihiris nipis tadi. Kemudian masukkan bawang dan sosej, tuangkan terus telur. Balikkan, berderai pun takpe.
5. Setelah telur masak, terus letak di atas roti tadi dan letakkan sekeping keju.
6. Sapukan sedikit jem strawberi ketika menjamu. (Optional, sebab saya suka rasa lemak cheese dan jem strawberi.. nyum.. nyum..)


Senang je buatnya.. hihi.. Selamat mencuba ok! (^_^)

Lots of Love..

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      Emel: rafaliah@yahoo.co.uk


*Click here to order.
**COD disekitar Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Nilai, Banting, Putrajaya.

>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, Kota Warisan, Dengkil, Putrajaya. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in