Thursday, November 20, 2014

Teknik Hipnosis

Pernah dengar teknik hipnosis? Atau kata lain teknik "self-talk"? Kita sebut benda-benda yang positif sahaja sebelum tidur. Bila kita sebut tu pastikan ianya adalah waktu yang paling tenang. Waktu di mana kita rasa hanya kita dengan ALLAH sahaja. Masa tu kita sebut 30 ayat positif untuk diri kita dan rakam suara kita. 30 ayat ni kita boleh bahagikan kepada 10 ayat pelaris (contohnya, saya hebat, saya magnet, saya baik, saya bijak, saya pandai..), 10 ayat positif (contohnya, Saya percaya orang suka dengan saya, Saya yakin saya dapat selesaikan masalah semalam,), dan 10 ayat apa yang kita nak (contohnya, Saya nak income RM10k bulan ini, saya nak anak-anak saya bijak pandai, saya nak jadi isteri yang solehah).. percayalah bila kita dah sebut, 30 ayat tu memang tak cukup sebenarnya.. 

Kemudian, bila nak tidur setiap malam kita dengar rakaman suara kita tu. Penting untuk kita sebut perkara-perkara positif ni sewaktu kita tenang sebab hanya ketika itu suara kita penuh dengan keyakinan. Kalau tak jumpa waktu tenang jangan sebut dan rakam sebab kita akan merakam suara kita yang tidak berkeyakinan walaupun ayat yang disebut tu adalah ayat positif. 

Saya dah cuba teknik ni. Memang memberi kesan yang sangat best. Waktu tenang yang saya pilih ialah bila anak-anak semua dah tidur. haha... memang sangatlah tenanggg.. masa tu saya rakam suara saya dan dengar setiap malam sebelum tidur. Hasilnya, bila bangun pagi setiap hari, saya mudah senyum, rasa energetic dan sentiasa positif sepanjang hari. Anda pun cubalah, ok!



Lots of Love..

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      Emel: rafaliah@yahoo.co.uk


*Click here to order.
**COD disekitar Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Nilai, Banting, Putrajaya.

>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, Kota Warisan, Dengkil, Putrajaya. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in