Monday, November 17, 2014

5 Tips untuk berjaya dalam bisnes

AlhamduLILLAH semalam lepas selesai Master Celebration Master Maria dan Firdaus, saya ada sessi bersama mentor saya Master Shareeza di Seri Kembangan. Sessi kali ini yang hadir dalam 15 orang sahaja.. small session tapi banyaaaakkk ilmu yang kami dapat. Ilmu amat penting bila berbisnes. 

Sebenarnya, untuk berjaya dalam bisnes, terutamanya bisnes Shaklee ni, kita perlu ada 5 tips ini:
1. Mentor > kita perlu ada mentor yang bagus, baik dan hebat. Mentor ni penting sebab apa jua masalah semasa menjalankan bisnes ni kita boleh diskas rapat-rapat dengan beliau. Selain itu, mentor ni juga tempat kita nak dapatkan ilmu.

2. Ilmu > Ilmu ni sangat, sangat, sangat penting. Nak buat apapun perlukan ilmu. Nak masak nasik pun perlu ada ilmu kan, berapa berasnya, berapa airnya.. kalau tak tahu, takde ilmu nak masak nasik, maka nasik kita tu akan jadi mentah atau tak masak, betul tak? Apatah lagi bila berbisnes, ilmu sangat penting, terutamanya jika anda seperti saya yang tiada ilmu pengetahuan langsung tentang selok-belok berbisnes ni. Kalau takde ilmu, mana tahu kita kena tipu ke, mengalami kerugian yang besar.. 

3. Sistem > Perlu ada sistem untuk berbisnes. Barulah semuanya teratur dan mudah untuk jalankan. Anda boleh cipta sistem bisnes anda sendiri. Tapi dengan Shaklee mudah kerana Shaklee mempunyai sistemnya sendiri bagaimana untuk mencapai target, income yang anda inginkan, untuk dapatkan Car Bonus dan yang lain-lain. Sistem dah ada cuma buat dan applikasikan sahaja. 

4. Tindakan yang luar biasa > Yeaa.. strategi berbisnes juga amat penting. Tetapi sebelum kita pasang strategi kita, yang PALING UTAMA kita perlu buat ialah KORBANKAN apa yang anda suka! Itu pun dikira tindakan yang luar biasa ok! Kalau anda suka tidur di siang hari sampai 3-4 jam, apa kata tidur siang tu pendekkan kepada 10-20 minit sahaja sehari? Katalah anda suka tengok tv 5-6 jam sehari, apa kata tak payah tengok tv langsung atau sehari tengok tv sejam je? Katalah anda suka scroll neswfeed dalam facebook, apa kata BERHENTI scroll newsfeed tu dan update fb post anda yang penuh dengan pengisian? Berani? Mesti kena berani! inilah namanya tindakan luar biasa..

5. Impian yang luar biasa > Untuk membuat tindakan yang luar biasa itu tadi, anda perlu mempunyai IMPIAN yang LUAR BIASA! Kalau selama hari ini tak pernah melancong ke luar negara, apa kata TULIS impian anda nak melancong ke luar negara. Luar biasa bukan? Impian nak berikan pada mak ayah RM2000 sebulan, nak beli kereta mewah seperti BMW, Mercedes.. nak bina rumah anak-anak yatim sendiri.. semua itu luar biasa, bukan? Jadi, hari ini TULISKAN APA 101 IMPIAN ANDA. 


Untuk pengetahuan semua, saya mempunyai seorang mentor yang HEBAT  kumpulan bisnes yang HEBAT, dikelilingi orang-orang yang HEBAT, itulah sebabnya saya dan rakan-rakan bisnes saya juga HEBAT! Untunglah sape yang berada dibawah susur galur kami dan mereka yang dah sedia ada dalam susur galur kami kerana anda juga bakal menjadi HEBAT seperti kami! 

Nak sertai saya dan keluarga bisnes saya? Hubungi saya untuk saya ajarkan anda menjadi HEBAT, KAYA dan BERJAYA seperti kami semua.. In Shaa ALLAH!

Lots of Love..

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      Emel: rafaliah@yahoo.co.uk


*Click here to order.
**COD disekitar Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Nilai, Banting, Putrajaya.

>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << w


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, Kota Warisan, Dengkil, Putrajaya. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in