Friday, November 21, 2014

Anak-anak anugerah terindah ALLAH hadiahkan

Assalamualaikum dan selamat pagi. Wahh... sedar tak sedar dah hari Jumaat dah ekk.. cepat betul masa berlalu.. anak-anak kita pun dah nak cuti sekolah dah.. harini ialah hari terakhir persekolahan. Tapi Irfan esok ada konvonya pulak.. AlhamduLILLAH, tahun depan darjah satu.. Ya ALLAH, begitu cepat anak-anak membesar.. 

Anak-anak adalah hadiah terindah ALLAH berikan kepada kita kan..? Kenapa saya kata "hadiah"? Sebab bila kita sebut hadiah, kita akan jaga, belai, sayang dengan betul-betul.. Tak dinafikan adakala anak-anak nakal, tapi itulah proses pembelajaran mereka dan kita perlu terima ianya sebagai salah satu proses mereka hendak membesar.


Ni gambar Irfan dengan kawan-kawannya masa saya dan rakan-rakan bisnes adakan kelas Ahad lepas. Lihata sahajalah anak-anak ini... mereka semuanya sedang membesar, cergas, pintar, ceria dan sihat. Kalau boleh putat kembali masa, ingin saya sekali jadi kanak-kanak kerana waktu jadi kanak-kanak ni kita happy je kan.. hihi.. takde pikir masalah pun.. apapun jadi kita tetap happyyy... hihi..

Gitulah... anak-anak ni membesar SEKALI je.. maksudnya mereka mmebesar dari umur 0-6 tahun tu sekali je.. tau tau je dah umur setahun, pastu 2 tahun, 3 tahun.. dan sedar tak sedar dah nak masuk sekolah rendah darjah satu, umur dah 7 tahun..! huhu.. dan saya ada terbaca artikel di internet mengatakan "Otak kanak-kanak berkembang 3.5 kali ganda dari sejak lahir sehingga umur 6 tahun. Pada masa ini pengambilan DHA yang mencukupi sangat penting untuk menyokong perkembangan otak, mata dan sistem saraf anak-anak." Jadi, pastikan anak anda mendapat sumber Omega-3 yang mengandungi DHA yang secukupnya supaya anda tidak terlepas waktu mereka membesar bagai johan dari umur 0-6 tahun tu.. AlhamduLILLAH, saya berikan Omega Guard Shaklee kepada anak-anak saya agar mereka lebih fokus dalam pelajaran, mudah mengingati apa yang dipelajari dan bagus untuk mata mereka. 

Saya doakan semoga anak-anak saya dan juga anak-anak anda (yang sedang membaca entri ini) membesar dengan sihat, aktif, ceria dan bijak. (^__^)


Lots of Love..

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      Emel: rafaliah@yahoo.co.uk


*Click here to order.
**COD disekitar Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Nilai, Banting, Putrajaya.

>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 


2 comments:

Kakzakie

Sebab itulah amanah Allah yg tak terbanding indahnya ini kena jaga betul-betul dan sebaik yg mampu..

LYAfrina

anak sememangnya amanah & anugerah terindah dari Allah swt y harus dijaga sebaiknya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, Kota Warisan, Dengkil, Putrajaya. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in