Friday, October 3, 2014

Pengalaman menyusukan Yusuf

AlhamduLIlLAH.. sedar tak sedar dah setahun sebulan saya menyusukan Yusuf. Pengalaman ini sungguh berbeza kerana saya ada pengalaman di mana saya tidak dapat menyusukan anak pertama saya Irfan secara exclusive dan sepenuhnya. AlhamduLILLAH, ALLAH memberi rezeki kepada anak kedua saya Yusuf. 

Apa yang saya perasan, Yusuf yang mendapat susu ibu sepenuhnya ini BERBEZA juga dari segi 'development'nya. Walaupun Yusuf baru berusia setahun tapi aksinya, gayanya, bijaknya, nakalnya dah macam anak umur 3 tahun! haha! Cuma tak pandai bercakap je.. hihihi.. Memang tak dapat dinafikan susu ibu adalah yang TERBAIK kerana ALLAH yang mencipta susu ibu ini. Jadinya, memang tiada tandingan.

Saya sebenarnya bersyukur dan bangga kerana dapat menyusukan sepenuhnya anak saya Yusuf. Bila orang tanya, Yusuf minum susu apa? saya dan suami menjawab Susu Ibu. Orang akan terdiam sebentar. Tapi selepas itu mereka akan senyum dan berkata, "Bagus minum susu ibu ni.. anak bijak, sihat dan jarang sekali sakit.." Namun penentu anak sakit ke tidak itu adalah diluar bidang kuasa kita. Kita sebagai ibu, mesti makan makanan yang berkhasiat, jaga pemakanan, jaga kesihatan, tak boleh stress, murung, kena sentiasa berdoa, berzikir dan senyummmm..! Barulah susu ibu lancar dan anak akan mendapat khasiatnya. Itu tips saya. Ibu menyusu ni kena sentiasa gembira, happy... barulah hormon oxytocin dirembes, bila hormon ini dirembes, susu ibu akan lancar. Hormon ni pulak akan dirembes bila ibu itu gembira, happy dan tak stress. 

Saya mengamalkan Set Menyusu Shaklee kerana saya ni makan ikut suka saya. haha.. terbongkar rahsia. Kadang saya suka makan nasik dengan ayam je.. sayur ke buah ke memang tak telan.. kadang-kadang saya suka makan aiskrim je, nasik tak makan pulak.. hihi.. ikut mood. nak kata tak sempat tak jugak tapi, saya suka makan apa yang saya suka pada masa tu. Dah pasti khasiat dari pemakanan tu kurang atau ada lompong.. jadinya saya ambil supplemen untuk menyokong keperluan nutrisi saya sebagai ibu menyusu dan untuk anak saya, Yusuf. Ini pengalaman saya, masa Irfan dulu, saya memang bergantung sepenuhnya zat dan nutrisi dari pemakanan harian, masa tu saya tak kenal Shaklee lagi.. ada jugak makan vitamin klinik bagi, tapi tak jalan jugak.. Vitamin Shaklee ni sedappp! Tu sebab saya continue makan. 


Inilah set menyusu yang saya ambil. Yang paling saya suka ialah ESP

ESP ni ialah 'milk booster', membantu menghasilkan susu ibu dengan cepat dan konsisten. Kalau saya minum segelas ESP pukul 6 pagi, pukul 7.30pagi tu susu dah banyak. 

Vitalea pula ialah multivitamin, memberi keperluan nutrisi yang tak dapat dari makanan harian.

B-Complex bertindak sebagai anti-stress. Lagi satu yang saya suka dengan B-Complex ni saya akan lebih fokus buat kerja dan tidur malam saya adalah tidur yang berkualiti.

Vitamin C untuk mencegah tubuh badan saya dari serangan selsema dan demam yang kronik. Maklumlah, saya ibu menyusu, kalau saya tak sihat, anak saya akan turut berjangkit. Jadinya, Vitamin C ni akan membantu meningkatkan sistem imun tubuh badan.

Ostematrix pula buat saya hilang rasa lenguh-lenguh, hilang rasa sakit kepala migrain, hilang rasa sakit pinggang dan membantu saya tidur lena. Badan akan terasa ringan dan segar bila bangun pagi walaupun tidur dalam 4-5jam sahaja.

Alfalfa ni saya makan sebagai nak buang angin dalam tubuh badan, nak mudah detoks (bolehlah kurus, ye tak?) hihi.. yelah, saya ni kadang makan sayur, kadang tidak, mesti kena ada fiber jugak kalau tak susah nak detoks, hihi.. alfalfa act as milk booster too tapi mengikut pengalaman saya sendiri, gabungan Alfalfa dan ESP akan menghasilkan susu ibu yang terbaik dan banyakkk..

Haaa.. itu dia sedikit pengalaman saya menyusukan Yusuf. AlhamduLILLAH, tak dinafikan Set Menyusu Shaklee ni banyaaakkkkk membantu saya. Pengambilan supplemen ni sebagai satu usaha kita untuk menjayakan perjuangan menyusu sehingga 2 tahun sebagaimana yang disarankan di dalam Al-Quran. Walaupun ianya tak wajib, ikut kemampuan, saya ikut kemampuan saya dengan memakan supplemen Shaklee untuk menyusukan Yusuf sehingga 2 tahun. Untuk anda ibu-ibu menyusu diluar sana mahupun yang sedang membaca entri ini, jika anda rasa kecewa, stress, sedih tak dapat menyusukan bayi anda, jangan risau dan usahlah bersedih kerana masih ada 'jalan' dan 'ruang' untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita.

Last sekali, jom layan gambar anak saya Yusuf yang cheeky ni haaa... sebuk nak naik scooter, siap pinjam scooter Abang Irfan sampai merajuk Abang Irfan kerana scooternya di bawa lariiiii... hihihi...


Uol jika nak cuba Set Menyusu Shaklee ni boleh kontek saya naa... ESP pun ada promosi bulan ni.. jangan lepaskan peluang ini ok! (^_^)

Lots of Love..


Puan Lia [UmmiIrfan]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      Emel: rafaliah@yahoo.co.uk


*Click here to order.
**COD disekitar Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Nilai, Banting, Putrajaya.

>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, KLIA, Nilai, Cyberjaya dan Sepang. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in