Monday, October 13, 2014

Pengalaman MANIS berbisnes Shaklee

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. apa kabar anda hari ini? Moga semuanya diberikan kesihatan yang baik di samping keluarga tercinta. AlhamduLILLAH.. suami dah ke tempat kerja, Irfan dah ke sekolah, Yusuf masih tidur, jadinya saya ada sedikit ruang dan masa untuk update blog berkongsi cerita pengalaman manis saya sepanjang berbisnes Shaklee.. :)

Saya start bisnes dan consume Shaklee tahun 2011. Ini entry pertama saya. Ambil Shaklee untuk berikan supplemen untuk Irfan yang ada masalah asthma. AlhamduLILLAH, kini dah 3 tahun berbisnes Irfan semakin sihat. Setahun pertama saya memang sungguh-sungguh berbisnes keraana saya punya push factor masa tu nak berhenti keja sebab nak jaga Irfan dirumah. Irfan tak boleh duduk di taska nasihat pakar kanak-kanak dia. Memang pening kepala mane nak letakkan Irfan jika saya masih bekerja. Bukan tak sayang kerja, saya masa tu Engineer, keja memang seronok, boss pun baik dan understanding.. tapi saya lebih sayangkan anak dan keluarga. Tahun 2012, saya berhenti keja dan fokus untuk buat bisnes Shaklee sepenuh masa di rumah. AlhamduLILLAH, sejak itu kesihatan Irfan bertambah baik, tidak kerap diserang asthma, makan minum pakai terjaga dan terurus dan saya dapat melihat Irfan membesar di depan mata saya sendiri. Satu kepuasan sebagai seorang ibu. 


Setelah berhenti keja saya betul-betul fokus dalam bisnes ni. Yelah dah ini je yang saya ada dan mampu buat.. hihi.. alhamduLILLAH Jan 2013, saya dapat Car Bonus. Seronok tak terkira. hihi... Bukan mudah nak capai target untuk Car Bonus ni tapi dengan izin ALLAH dan inilah rezeki anak-anak, saya dapat berikan kepada keluarga ini. Seronok juga sebab dapat bantu anak-anak bisnes saya naik rank. Dan tahun ni, setelah setahun 7 bulan menikmati car bonus, kami beli kereta baru yang lebih selesa untuk keluarga kami. 

Sejak berbisnes Shaklee ni juga actually saya dan keluarga dah dapat melancong ke 3 buah negara. 3 tahun berbisnes Shaklee, 3 buah negara kami dapat melancong. Kami dapat ke Australia, New Zealand dan China. AlhamduLILLAH. Melancong dengan menggunakan hasil bonus Shaklee. Kumpul setiap bulan tau.. hihi.. tak sentuh langsung duit gaji suami.. besttt sebab dah ada duit asingkan siap-siap untuk tujuan melancong.. kami sekeluarga minat travelling, jadinya mesti kumpul duit sikit-sikit untuk tujuan tersebut.. ececece.. hihi.. seronok melancong ke negara orang ni.. banyak ilmu kita peroleh.. macam-macam pengalaman menarik dan macam-macam kita tempuhi.. seronoknya hnaya mereka yang melancong ke luar negara je tau apa yang saya maksudkan ini.. hihi..

ni gambar masa kami ke Beijing, China.

Lagi satu, sejak berbisnes Shaklee ni dan mengamalkan vitamin-vitamin Shaklee, saya dapat menyusukan Yusuf sepenuhnya. AlhamduLILLAH.. 6 bulan secara exclusive dan sekarang ni Yusuf hampir 14 bulan masih dapat menyusukan dia.. rezeki anak.. selagi ada saya akan berikan.. seronok sebenarnya menyusukan anak ni.. yang paling seronok ialah berat badan tak naik-naik.. haha.. memang menten kurus gituuu... besttt.. takyah susah payah nak makan vitamin untuk kawal berat badan, menyusukan anak saje pun dah pasti boleh kurus.. dan sihatttt... :)

Ni gambar yusuf yang semakin cheeky... hasil dari susu ibu.. hihi..

Antara yang termanis lagi ialah apabila saya dapat membawa bersama-sama saya anak-anak dan cucu-cucu bisnes saya naik pentas bersama-sama untuk menerima award semasa National Conference dan semasa Motivation Rally baru-baru ini. Perasaan ini hanya ALLAH sahaja yang tahu.. susah nak digambarkan dengan kata-kata.. kerana inilah bukti saya dapat membantu mereka.. bila dapat membantu downlines ni perasaan ni lain rasanya... AlhamduLILLAH.. dengan izin ALLAH jua hendakNya..


Itulah dia serba sedikit pengalaman manis yang dapat saya kongsikan bersama anda semua.. Ada banyak lagi antaranya kami dapat memberi wang setiap bulan kepada keluarga di kampung yang mana masa kami bekerja dulu kadangkala je dapat beri.. yelah nak makan untuk sendiri pun cukup-cukup.. tapi sejak berbisnes Shaklee ni, kami dapat memberi setiap bulan.. berapa? Rahsiaaa... hahaha.. takleh reveal.. ececece.. 

Oklah, saya stop kat sini dulu, nanti kita sambung lagi.. best ke bisnes Shaklee ni? mestilah besttt... kalo tak, takkan saya nak share dengan uol kan... hihi..

Lots of Love..

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      Emel: rafaliah@yahoo.co.uk



*Click here to order.
**COD disekitar Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Nilai, Banting, Putrajaya.

>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 

1 comments:

Mel

Assalam. Seronok berniaga begini. Yang bonus dapat tu sebagai pendorong untuk kita lebih berusaha maju ke depan. Selamat maju jaya ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, KLIA, Nilai, Cyberjaya dan Sepang. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in