Thursday, September 25, 2014

Tips menjadi work at home mom, am happyyy..! (^_^)

Sedar tak sedar dah 3 tahun saya bergelar work at home mom (wahm) dengan menjana bisnes Shaklee dari rumah sahaja sepenuhnya. Best ke jadi wahm ni? hihihi... setahun yang pertama agak kelam kabut.. tak pandai nak uruskan masa lagi.. selama harini bekerja kan.. waktu makan, waktu lunch, waktu nak solat, waktu nak ke toilet pun senang! haha.. tapi, bila dah jadi wahm saya pilih untuk buat jadual harian. Apa yang saya nak buat semuanya saya letakkan dalam jadual. Nak mandi berapa lama, nak masak berapa lama, nak makan berapa lama, nak kemas rumah berapa lama... semuanya saya masukkan dalam jadual harian saya. Apa yang penting, ialah disiplin! Dah ada jadual KENA IKUT jadual tu betul-betul. 

Kemudian, saya ni jenis suka bangun awal. Anda boleh pilih sama ada nak bangun seawal pagi atau tidur selewat mungkin untuk menyelesaikan kerja-kerja rumah mahupun kerja-kerja bisnes anda. Saya pilih bangun seawal 4pagi setiap hari. Masa tu saya dapat update blog, reply emel dan PM customers, packing orders, sorting orders, dan lepas tu boleh terus memasak, siapkan menu sarapan dan prepare terus untuk lunch. Biasanya saya pilih menu yang simple dimple je.. janji kenyanggg... hihi..

Lagi satu, untuk anda yang ada baby macam saya kan, dan anda seorang ibu menyusu, boleh buat kerja-kerja rumah semasa baby kita tidur. Masa Yusuf tidur saya akan bergegas untuk mandi dan makan. Anak saya ni tidur tak lama, setengah jam je.. huhu.. ada masa dia akan tidur dalam 1ja, camtu, tapi kadang-kadang jelah.. hihi.. so, kebanyakan masa dia berjaga tu saya layan dia main, makan, bagi susu sambil-sambil tu saya update fb, reply whatsapp, sharing kat blog, emel customers... haa.. gitulah.. 

Jika ada coaching offline, saya akan pastikan saya buat lepas tengahari sebab saya perlu ambil anak saya Irfan disekolah dulu, bagi dia lunch then baru keluar untuk meeting up. Ada gak saya ambil dia dari sekolah terus pegi meeting lunch kat sana. Apa yang penting, saya mudahkan pergerakan dan mudahkan untuk anak-anak saya rasa enjoy semasa saya tengah meeting. Kalau lapar kang, menangis langsung kita pun takleh nak fokus.. hihi..

Meh layan gambar jap.. (macam iklan ler pulak yea..)


Tu gambar anak saya Yusuf. Setiap pagi dia memang nak main kat playground. Maklumlah baru tahu berjalan, pantang pintu dibukak, menonong je dia keluar.. hihi.. kadang-kadang tu menangis merayu mintak saya pakaikan kasut untuk dia.. bijak, bijak... 

Apapun, dah 3 tahun menjadi wahm ni, saya rasa tenangggg... yelah, tak perlu nak pikirkan kerja-kerja kat ofis... fahamilah maksud 'ketenangan' ni sedalam-dalamnya.. menjadi wahm memang seronok..! Paling penting kita mesti bijak menguruskan MASA. TULIS apa kita nak buat setiap hari. 

Sekian tips hari ini. Nanti saya share lagi ok.. (^_^)

Lots of Love..


Puan Lia [UmmiIrfan]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      Emel: rafaliah@yahoo.co.uk

*Click here to order.
**COD disekitar Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Nilai, Banting, Putrajaya.

>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 


2 comments:

MNH SASTERA MELAYU

Bangga saya dengan puan sebagai seorang pengedar Shaklee yang berjaya. Teringin nak kerja macam puan.

lia ummiirfan

Bolehhh.. dengan bisnes Shaklee ni semua orang pun boleh jadi macam saya.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, KLIA, Nilai, Cyberjaya dan Sepang. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in