Sunday, September 21, 2014

Car Bonus! Susah ke nak dapatkan Car Bonus ni..?

Lama blog tak berhapdet.. hihi.. agak bz sikit sebab keluarga mertua bertandang ke rumah, mak sendiri pun datang ke rumah.. jadinya, bawak mereka jalan-jalan sana-sini sempat hapdet fb dan page saya je tapi blog ni tak berkesempatan.. terima kasih kerana anda masih setia menyokong UmmiIrfan.Com ni..

Ok, saya nak cite ni.. seperti yang anda maklum dan tahu, dalam bisnes Shaklee ni, Shaklee menawarkan 3C iaitu Cash, Convention dan Car Bonus. Ok, Cash tu ialah bonus kita dapat setiap bulan hasil daripada jualan dan berapa orang leader kita ada developed (leadership bonus). Convention pula ialah point kita peroleh yang membolehkan kita layak pegi trip dalam dan luar negara berserta Umrah. Semua trip dan percutian ini ditaja sepenuhnya oleh Shaklee. Memang 5 star punya trip/ percutian. Dann.. C yang ketiga ialah Car Bonus. Car Bonus ni kita dapat bila kita dah achieved target untuk melayakkan kita mendapatnya. Tipsnya mudah. Bantu orang ramai... bantu downlines kita dan kita juga akan dibantu secara tidak langsung untuk dapat Car Bonus tu. Lagi banyak kita bantu orang ramai dan downlines kita lagi banyak kita dapat. First Car Bonus saya, saya dapat RM1100.50 pada January 2013. Dah setahun 7 bulan dah menikmati Car Bonus ni. Ehhh.. apa bentuk Shaklee bagi? Shaklee bagi kereta ke, bagi kedai kereta ke atau apa? Shaklee tak bagi kereta tapiiii Shaklee bagi dalam bentuk Cashhhhh... so terpulang pada kita nak beli kereta besar ke, kecik ke, panjang ke, pendek ke, nak beli kedai kereta pun belilah... hihi.. Dan Car bonus saya tu dah meningkat dari RM1k kepada RM1500, RM1800 dan ianya akan terus meningkat selagi mana kita membantu orang ramai dan downlines kita. 

Ok, ni nak cite pulak keta apa saya beli.. hihi.. AlhamduLILLAH, kami beli keta Alza Advanced (Full Specification). Saya ni kalau beli keta memang nak full spec je senang sebab saya tak suka nak tambah sana, nak tambah sini, nak adjas sana, nak make-up sana sini situ. Saya nak keta tu dah sedia cantik, isi minyak terus jalannn je.. tapii yang paling penting ialah selesa kami anak-beranak! hihi.. Saya memilih Alza Advanced kerana keselesaan. Saya ada dua orang anak kecil (setakat ni masih 2 orang..hihi..), dan kami ni gemar travelling.. balik kampung, jalan ke Melaka, Johor, Pahang.. mana-manalah.. jadi, dah pasti bawak barang pun banyak kan, so senang sikit sejak ada Alza ni., main sumbat je dalam keta tu ha.. hihi.. anak-anak nak tidur baring pun selesa... haha.. nak tidur baring lagi best sila tidur di rumah yea.. haha.. saya nak menyusukan Yusuf pun selesa... minyak jimat pun yea tau! Kiranya isi minyak RM120 tu boleh pegi-balik Dengkil-Alor Star. Jimatkann.. 


Dari segi performance lak, memang tip-top. Alza ni guna enjin Vios. So, memang sedap bawaknya.. tapi nak laju macam keta sport Polo GTi atau BMW tu takdelah kan.. hihi.. dah nama pun family car.. lagi satu bolehlar naik reramai sikit dlm 6 orang gitu.. seat belakang tu sesuai untuk kekanak je.. tapiii kalau rasa-rasa saiz badan tu kekanak boleh gak selit kat seat belakang tu.. hihi.. 

Ok, setakat tu cite pasal keta Alza. AlhamduLILLAH, sebenarnya saya tak pernah terfikir boleh dapat beli kereta lagi sebab dahlar tak bekerja kan cuma buat bisnes Shaklee ni sepenuh masa di rumah. Tapi, siapa sangka, rezeki anak-anak, saya dapat beli kereta lagi dengan Car bonus ini. Sebenanrnya bisnes Shaklee ni telah menjadi pendapatan UTAMA keluarga kami dan pendapatan TETAP kami sekeluarga. Walaupun nampak saya buat 'sambil-sambil' saje tapi inilah sumber utama pendatan kami. Yang penting NIAT di hati. Mesti tahu kenapa kita berbisnes Shaklee ni? BETULKAN NIAT. Bantu orang ramai dan bantu downlines kita. In Shaa ALLAH, ALLAH akan bantu kita 10 kali ganda lagi. Itulah rahsia saya dalam bisnes ini. 

Sekian..

Lots of Love..


Puan Lia [UmmiIrfan]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      Emel: rafaliah@yahoo.co.uk

*Click here to order.
**COD disekitar Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Nilai, Banting, Putrajaya.

>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, Kota Warisan, Dengkil, Putrajaya. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in