Saturday, May 10, 2014

Tips berpuasa untuk ibu hamil

Sekarang ni dah bulan Rejab. Next month dah masuk Sya'aban, kemudian kita akan berpuasa, ye tak? AlhamduLILLAH, kita dipertemukan dengan Ramadhan sekali lagi.. Bulan yang dinanti-nanti, bulan yang ditunggu-tunggu. Tapiii.. untuk ibu hamil pastinya tertanya-tanya sama ada boleh atau tidak berpuasa.. yelah, dahlar hamilkan, lepas tu kandungan makin membesar.. perlukan makanan dan minuman secara berkala. Kalau tak makan dengan betul, boleh jadi pengsan. Kalau tak pengsan pun paling tidak mesti ada dehydrated. Ibu badan lemah, baby dalam kandungan pun dah slow movement dia. Risau terdetik di hati. Perlukah meneruskan puasa ataupun tidak. 
Masa saya hamilkan Yusuf, kandungan saya mencecah 33 minggu. Dah besar pun kandungan saya tu... tapi saya berazam dan set-mind nak puasa penuh. AlhamduLILLAH dengan sokongan vitamin-vitamin Shaklee, saya dapat berpuasa. Tak penuh pun (tinggal 3 hari..hihi..) tapi saya puas hati sebab compare masa saya hamilkan Irfan, saya tak dapat berpuasa langsung! huhu... Suka saya nak sharekan TIPS di bawah ini untuk ibu-ibu hamil yang nak berpuasa. 
---------------------------------------------------------
1- Sukat air masak dalam botol sebanyak 2 liter dan mulai meminumnya semasa berbuka sehinggalah waktu imsak. Jika mampu boleh minum 2.5- 3 liter air. Kekurangan air adalah punca utama kita akan berasa tidak sihat dan keletihan semasa berpuasa.
2- Pastikan anda mengambil banyak protein misalnya kekacang, daging dan telur.
3- Protein amat diperlukan dalam tumbesaran bayi selain ianya memberi tenaga dengan lebih lama berbanding karbohidrat.
4- Elakkan makanan bergula kerana ianya akan menyebabkan paras gula tinggi dan rendah secara mendadak yang menyebabkan anda berasa pening atau pitam.
5- Elakkan makan makanan bergoreng dan berlemak contohnya samosa, popia goring dan lain-lain. Ini kerana makanan berminyak dan berlemak mempunyai khasiat yang rendah walaupun mengenyangkan.
6- Kurangkan atau lebih baik elakkan daripada meminum kopi dan the. Ia mengandungi kafein yang boleh menyebabkan anda kehilangan air melalui diuretic (kencing).
7- Makanlah 3 biji kurma sebagai penambah tenaga dan minumlah susu.
8- Elakkan berjalan jauh dan elakkan dari terdedah kepada cuaca panas kerana ia mempercepatkan dehidrasi.
9- Kurangkan kerja-kerja berat.
10-Tingkatkan pengambilan makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ia membantu dalam memberirasa kenyang yang lebih lama.
11- Perbanyakkan membaca Al- Quran, berzikir dan mendirikan solat sunat.
12- Ambil supplemen tambahan jika perlu disamping memastikan anda makan vitamin mengandung anda. Supplemen tambahan cadangan kami ketika berpuasa :
Bersahur: Mighty 3 Gems ( ESP + Meal Shakes + Performance Drink) + Oat .
Selepas Berbuka : Omega Guard + B Complex + VitaLea + Vita C
Ingat ibu-ibu mengandung yang gojes sekalian, jangan sesekali skip sahur! Sahur ni amat penting untuk memastikan anda kekal bertenaga dan cergas sepanjang hari. Ia juga penting agar kita dapat membekalkan nutrient secukupnya buat bayi dalam kandungan tanpa menjejaskan kesihatan diri sendiri.
Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk.
SUMBER : Majalah Pa&MA JUlai 2013 & 

-------------------------------------------------------------------

Masa bersahur dan berbuka saya memang tak tinggal Set Mighty 3 Gems ni. Inilah yang memberikan saya semangat untuk meneruskan ibadah berpuasa. Tapi, uol kalau tak larat jangan dipaksa ok. Nanti efek kat baby lak.. Ikut nasihat doktor. Saya sebab tinggal 3 hari tu pun sebab doktor dah suruh stop berpuasa. Namun, 27 hari tu memang saya berpuasa. 


Set Mighty 3-Gems ni memang menjadi kesukaan para ibu menyusu especially yang menggantikan puasa dan yang bakal berpuasa. Apa BEST sangat set ini?

> Memberikan tenaga konsisten walaupun hamil, menyusu dan pam.
> Mengurangkan dehydrated sepanjang hari berpuasa.
> Memberikan sokongan vitamin lengkap untuk tubuh badan agar tidak letih dan lesu walaupun berpuasa.

Haa.. menarik kan? Kita sebagai ibu hamil memang perlu sangat-sangat sokongan vitamin ni sama ada berpuasa mahupun tidak. Ini penting kerana sokongan vitamin ni dapat membantu kita bertenaga dan elak dehydrated. Jadi, jika anda ingin mendapatkan Set Mighty 3 Gem ini, boleh hubungi saya. Pastinya TIPS EKSLUSIF dan panduan pemakanan yang lengkap akan saya berikan kepada anda ~ My Lovely Customer.. :-)

Lots of Love..


Puan Lia [UmmiIrfan]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      Emel: rafaliah@yahoo.co.uk
Fanpage: UmmiIrfan Online Shoppe

*Click here to order.
**COD disekitar Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Nilai, Banting, Putrajaya.


>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini <<


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, KLIA, Nilai, Cyberjaya dan Sepang. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in