Thursday, May 8, 2014

Impian melancong ke luar negara --> Beijing Review

Saya ni suka melancong. Lebih-lebih lagi ke luar Negara. Saya suka tengok culture derang, adat resam derang, originality derang, teknologi, system pengangkutan (tatau kenapa suka bab ni..haha..) , lifestyle derang dan macam-macam lagi. Saya simpan impian nak melancong ke luar Negara setahun sekali. Tapi, sebelum ni sebab kerja kan, dan masa terhad, cuti pun kadang dapat kadang tak dapat.. (haha..), jadinya impian tinggal impian.. huhu.. Nak melancong dalam negeri pun tak dapat apatah lagi ke luar Negara kerana kekangan masa dan wang. Saya pulak kalau nak ke mana-mana melancong ni mesti nak bawak satu family. Takkan nak gi sorang-sorang kan.. takde feel orang kata.. saya ni sukakan cabaran. Bila bawak anak-anak ni memang banyak cabarannya.. dan saya suka melancong dengan anak-anak.. mencabar tapi AMAT MANIS pengalaman tu.. sebabnya orang lain tak dapat pengalaman macam saya.. hihi.. dengar cerita orang pun takkan sama dengan yang kita alami sendiri..

Baru-baru ni saya ke Beijing, China. Despite all the speculations, sebenarnya bila sampai kat Beijing ni takde menda pun.. haha.. rakyat China ni macam biasa je.. macam takde apa-apa yang kritikal atau isu sangat happening.. Saya ada sepupu di Beijing.. so dari segi accommodation, makan, minum tu semua ‘ditaja’ gitu.. haha.. AlhamduLILLAH.. Lagi best sebab suami sepupu saya ni pandai cakap bahasa cina.. so, nak soppink ke, nak ke mana-mana ke, nak jalan-jalan ke senangg.. dia cakap, pastu kita mintak dia translate je.. haha.. Actually sepupu saya ni buat biz Shaklee kat Beijing.. haha.. jangan tatau.. I go global now ok.. ewahh.. So, kira trip kalini ala-ala biz trip gitu.. sempat buat coaching kat Starbucks Beijing. Kami kat sana 4 hari 4 malam. Hari pertama tu soppink kat Yashow pastu makan Mee Tarik.. huishh.. mee tarik ni best tauu.. Mee tarik ni rupanya macam mee dalam cite KungFu Panda tu lar.. yang ayah dia kata, ‘there is no secret ingredients..’ memang takde secret ingredients pun! Haha.. Semangkuk meet u ada mee, kuah sup (rasa bawang putih je pun..hihi..), ada daging 2-3 keping pastu lobak putih 2-3 potong. Itu je! Tapiiii.. sedapppp.. maybe sebab mee dia.. I believe mee dia sedappp…Cuaca sejuk-sejuk makan lak mee panas-panas kan, memang terangkattt gituu..!


Hari kedua gi Great Wall China dan Beijing Olympic Park. Masa sampai Great Wall ni hujan renyai-renyaii.. sejuk giller..! Kuar asap lark at mulut ni bila bercakappp..haha…! (teringat zaman study kat Uk dulu bila musim sejuk bercakap kuar asap kat mulut..ewahh..). Korang google jelah Great Wall ni berapa jauh from East to West. Takleh imagine caner derang boleh angkat blok-blok batu ke atas bukit.. Siap ada satu part kat Great Wall ni dah runtuh masuk dalam tasik.. Ohh! Great Wall ni ada banyak pintu masuk.. pilih jelah mana-mana.. tak silap ada 5 pintu masuk.


Hari ketiga, kami soppink balik.. hihi.. acara wajibb gitu.. gi kat Men. Soppink segala cadar, comforter blablablabla.. eh eh! Orang Beijing pun soppink sekali.. sebab ada geng katanya… hikhikhik..

Hari Keempat kami ke Dataran Tian’anmen dan Forbidden City. Haa.. punyalah ramai manusiaaaaa… Dah lar hujan dengan angin.. sejukkkkkk !! Orang ramai tu bukannya pelancong dari luar Negara tau, tapiiii adalah rakyat Negara China sendiri. Betapa rakyatnya appreciate tempat-tempat bersejarah. Setahun tempat ni dapat kunjungan 8juta pengunjung! Nak masuk Dataran tu kena beli tiket dan nak masuk Forbidden City tu pun kena beli tiket. Dan... bila kita dah masuk Dataran Tian’anmen ni, takde jalan keluar lain melainkan kita kena lalu jugak Forbidden City ni untuk keluar.. huhu… masa tu rasa nak nangess.. sebab dahlar sejukk.. Saya tak bawak jacket yang tebal.. memang menguji kesabaran.. tempat tu punyalah BESAQQQQQ… memang BESAQQQQQ.. macam huruf BESAQQQQ niiii… haha..


Anyway, nak share jugak, kalau korang ni gi Beijing ni, bawaklar segala ubat-ubat, vitamin-vitamin Shaklee (vitamin lain pun boleh..hihi..), untuk kids ni bawaklar biskut-biskut tu, makanan baby dalam botol tu, yang brand Heinz tu.. senang.. sebab nak carik susah gak.. kalau dapat pun mahal ya amatt.. lain-lain bawak je extra jacket especially kalau korang nak pegi waktu tu perubahan musim. Macam contohnya saya ni haritu pegi nak berubah musim dari winter ke spring jadi, akan ada hujan, angin yang kuat, temperature drop tiba2.. jadi sejuk giller.. haa.. korang get ready jelah.. especially kalau korang ni jenis macam saya tak tahan sejukkk… susu anak (kalau masih menyusu formula milk tu bawak jelah..), Yusuf breastfeed so takde masalah.. in fact nak breastfeed kat public orang kat sana tak kesah pun… tapi pandai-pandailah jaga aurat naa.. dalam flight tak lama pun 6 jam je.. saya pegi-balik naik MAS.. so memang ok sangat especially kalau uol macam saya bawak baby dan kid sorang.. utk kids tu boleh mintak kids meal, yang baby boleh mintak basinet. Senang anak tido dalam tu.. kita pun tak letih nak pegang.. actually nak masuk China senang .. maksudnya nak bawak apapun senang.. derang tak check sangat.. so, itu jelah tips dan sharing daripada saya…


Best memang best sebab ini adalah biz trip saya dan lagi best sebab saya melancong dengan mengumpul duit bonus Shaklee setiap bulan. AlhamduLILLAH, paling penting tak perlu nak bergolok gadai atau nak pinjam merata. Bonus Shaklee dapat tu simpan sikit-sikit setiap bulan. Cukup setahun dah boleh gi melancong.. tercapai jua impian kami sekeluarga nak melancong ke luar Negara setiap tahun. Tahun lepas kami ke Auckland, NZ dan tahun sebelum tu ke Melbourne, Australia. Nanti saya review lak Melbourne dan Auckland di kesempatan lain. Lepas ni nak ke mana lak yea..? Istanbul mungkin.. hihi..

Lots of Love..


Puan Lia [UmmiIrfan]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      Emel: rafaliah@yahoo.co.uk

*Click here to order.
**COD disekitar Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Nilai, Banting, Putrajaya.
>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, KLIA, Nilai, Cyberjaya dan Sepang. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in