Monday, June 17, 2013

Bisnes Shaklee >> Kisah saya daripada seorang JURUTERA kini seorang SURIRUMAH LUARBIASA..

AlhamduLILLAH, Shaklee National Conference (NC) telah pun berakhir. Saya amat bersyukur kerana tahun ni saya dapat membawa 5 award berbanding tahun lepas hanya satu. Semua ini adalah hasil daripada usaha dengan NIAT membantu orang lain sama-sama dapat seperti apa yang saya dapat. 

AlhamduLILLAH juga..tahun ini saya bersyukur sangat kerana dapat lihat anak-anak bisnes saya Dahlia Ayob dan Siti Najihah naik pentas atas pencapaian HEBAT mereka. Inilah kepuasan dalam bisnes Shaklee apabila saya dapat MEMBANTU ORANG LAIN MEREALISASIKAN IMPIAN MEREKA.. AlhamduLILLAH, tiada yang mustahil walaupun mereka berdua baru berbisnes dalam masa 6-8bulan, pencapaian mereka DIIKTIRAF! 

Dan terima kasih tidak terhingga kepada mentor saya, Master Shareeza yang banyaaakk memberi tunjuk ajar dan sokongan untuk saya terus kekal dalam bisnes Shaklee ini..



Bersama anak-anak bisnes saya > Dahlia dan Jiha


Inilah hasilnya... APPRECIATION daripada Shaklee, performance diiktiraf 

AlhamduLILLAH, ini hasilnya dengan niat ingin membantu orang lain merealisasikan impian mereka. Saya percaya, setiap orang mempunyai impian masing-masing namun sejauh mana kita dapat mencapai impian kita bila kita hanya bekerja makan gaji? Saya ialah seorang bekas jurutera, kerja memang tidak dapat dinafikan banyak dan sukar, kadang-kadang capai atau tidak tercapai KPI saya, segala pengorbanan, masa dan tenaga, TIADA PENGIKTIRAFAN. Saya nak cerita sedikit yea, seorang rakan sekerja saya berkhidmat selama 20 tahun di tempat kerja saya, tapi, setelah 20 tahun, pihak pengurusan memberikan beliau SIJIL kerana telah berkhidmat selama 20 tahun. SIJIL atau saya panggil SEKEPING KERTAS sahaja?? Oh, saya taknak tunggu untuk 20 tahun akan datang untuk SEKEPING KERTAS itu! 2 TAHUN saya dalam bisnes Shaklee ini saya dapat BANYAAAKKKK PENGIKTIRAFAN! 

  ..Dan kini saya ialah seorang SURIRUMAH LUARBIASA.. Kenapa LUARBIASA? Kerana saya dapat bekerja dari rumah (WAHM), dapat menguruskan hal-hal rumah seperti memasak, membasuh, mengemas tanpa bantuan orang gaji, dapat mengasuh dan mendidik anak saya sendiri dan saya dapat menjana pendapatan LEBIH DARI APA YANG SAYA DAPAT semasa bekerja sebagai jurutera dulu. LUARBIASA bukan? Sekarang ni bukanlah satu trend bila orang panggil saya SURIRUMAH BERIJAZAH kerana KEPUASAN HASIL yang kita dapat apabila menjadi seorang WAHM adalah LEBIH PUAS HATI daripada hasil ketika bekerja makan gaji. In Shaa ALLAH, semakin ramai susur galur saya dalam proses saya membantu mereka menjadi WAHM. Jika anda berminat untuk menyertai grup kami, boleh hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.


Lots of Love..

Puan Lia [UmmiIrfan]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      Emel: rafaliah@yahoo.co.uk
Fanpage: UmmiIrfan Online Shoppe


*Click here to order.
**COD disekitar Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Nilai, Banting, Putrajaya.


>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini <<

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, Kota Warisan, Dengkil, Putrajaya. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in