Friday, September 14, 2012

Amalan DOA untuk ibu menyusu ~ moga tenang hati dan tabah mengharungi dugaan fasa penyusuan..InshaALLAH..


Salam sayang saya untuk semua ibu-ibu menyusu yang membeli supplemen Shaklee daripada saya.. baik di alam realiti mahupun alam maya.. saya bersyukur dan berterima kasih kepada anda semua kerana saya dapat belajar banyaaakkk tentang penyusuan bayi.. AlhamduLILLAH... hanya doa saya kirimkan kepada anda semua.. moga perjuangan penyusuan anda berjalan lancar dan rezeki (susu ibu) mencurah-curah... InshaALLAH.. 

Saya akui bukannya mudah untuk 'berjuang' dalam masa 2 tahun.. saya pernah melaluinya.. sokongan suami dan ahli keluarga sangat-sangat diperlukan.. Walau apapun rintangannya, saya berharap agar anda (ibu-ibu menyusu) dapat bersabar dengan dugaanNYA.. termasuklah dugaan healing crisis lagi.. bukan senang nak senang.. inshaALLAH, moga pahala untuk bekalan kita disana bertambah-tambah dan mencurah-curah ibarat susu yang mengalir.. Saya bukan ahli silap mata yang boleh menjadikan susu ibu banyak dengan memetik jari.. apa yang saya dapat lakukan adalah berkongsi cerita dan kebaikan supplemen Shaklee ini untuk tujuan penyusuan dan membantu anda dengan tips-tips demi menjayakannya.. namun hari ini saya ingin kongsikan DOA yang boleh dijadikan amalan untuk ibu-ibu menyusu..

"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN

Surah al-Hujurat ; al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite. Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.
__________________________________________

Jika anda telah berusaha namun hasilnya masih mengecewakan, BERDOALAH kepadaNYA, moga dengan DOA ini hati kita menjadi tenang, hilang stress dan moga susu ibu sentiasa ada dan mencukupi untuk anak. Sesungguhnya susu ibu adalah rezeki daripada ALLAH, jadi mohonlah padaNYA, mintalah padaNYA ... InshaALLAH.. Semoga amalan2 rohani ni dapat diamalkan dan bermanafaat buat semua... Salam sayang dari saya yang jauh di mata..dekat di hati..

Lots of Love..

Puan Lia [UmmiIrfan] 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      



*Click here to order.

**COD disekitar Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Nilai, Banting, Putrajaya.

>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini <<

Sukakan entri ini? Klik LIKE. :-) 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, Kota Warisan, Dengkil, Putrajaya. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in