Sunday, August 5, 2012

Dah kata ESP is THE BESTEST FRIEND bagi ibu-ibu menyusu..Ikuti kisah Pn Hafsah yang jatuh cinta dengan Shaklee ESP ni..

AlhamduLILLAH, hujan turun jua akhirnyaaa..rahmat daripada ALLAH..jam menunjukkan lagi 4 minit ke pukul 4 pagi..hhmm..time-time camni memang rasa fresh SANGAT especially lepas "bertahajjud cinta"..dan ini sajalah masa yang saya ada untuk fokus dan update blog. Cukup sekiranya saya diberikan masa satu jam untuk update blog demi My Lovely Customers and My Lovely Visitors, membalas emel2 mereka dan membuat sedikit pembacaan harian tentang produk-produk Shaklee..(itu semestinyaa..hehe..). Dan yang menariknya, saya suka bercerita tentang fungsi ESP ni yang bukan saja diambil oleh ibu-ibu menyusu (walaupun sebenarnya ibu menyusu is the majority group yang sukakan ESP ni..), tetapi ibu-ibu mengandung, mereka yang inginkan kesihatan wajah dan mempunyai masalah rambut gugur pun ambil ESP..untuk ibu-ibu menyusu toksah cakaplar..memang produk feveret nih..Oleh itu jom kita ikuti ape kata Pn Hafsah yang mengambil Family Wellness Set dan juga Alfalfa + Ostematrix..
---------------------------------------------------------------------------------

Hari ni saya nak amek sedikit masa bercerita pengalaman saya bersama Shaklee juga. Orang yang menjual Shaklee, semestinya dah merasainya kan...Saya mengenali Shaklee dah lama. Abah saya memang mengambil Shaklee sejak dulu lagi..mungkin sejak saya di sekolah atau di universiti. Cuma saya yang tak ambil kisah sangat apa yang Abah makan... hehe

Mula betul-betul mengambil vitamin Shaklee selepas bersalin..  Awal-awal susuibu xbanyak.. Saya sangat stress.. mak pula xsanggup nak dengar baby nangis2.. suruh saya bagi FM kat baby.. stress sangat, menangis2 sy tak nk bg FM..memang fight nak bagi susuibu jugak. Husband terus keluar, gi Shaklee Branch Kota Bharu, siap bawak majalah Pa Ma lagi.. sebab kami dah pernah tengok iklan Shaklee boleh jadi milk booster dalam majalah tu. Tunjuk kat orang shaklee branch tu, nak vitamin sama macam dalam Pa Ma tu..hehe..walaupun xde knowledge pasal Shaklee lagi masa tu.

So orang kt Shaklee branch tu, bagi vitalea, vitamin C, B complex dan Alfalfa.. dan dia suggest amek ESP sekali. Husband pun bawak la balik semua..terharu jugak husband saya buat macam tu..berhabis terus sekali dlm RM400++ semata-mata nk fight untuk fully breastfeeding... hehe, itulah cerita permulaannya!!

Masa amek shaklee tu, xde pun orang guide camne pengambilan vitamin Shaklee ni.. So saya amek betul2 ikut botol.. (sekarang baru tahu yang kt botol tu maximum pengambilan). Saya amek terus 10bijik Alfalfa sekali makan, bersama vitamin-vitamin yang lain...adoiii.. mmg xada knowledge betul pasal vitamin.. hehe.
So apa jadi malamnya.. Saya mengalami bengkak susu yang sangat teruk, hingga sakit nak tidur, nak buat apa2 pun sakit... Adoiii... Terpaksa berhenti sekejap, sebab bengkaknye berhari-hari. Tu la, amek vitamin buta-buta. xtau kalo amek vitamin banyak, kene minum air masak banyak..hehe

Tapi ESP memang tak tinggal.. Sejak beli sampai ke hari ni, memang ESP wajib amek setiap pagi untuk breakfast. badan memang rasa sangat bertenaga. Yang best, setiap orang yang datang nk melawat baby mesti cakap, kenapa saya tak nampak macam baru lepas bersalin? nampak cergas, muka merah2 xpucat.. Siap saya yang gi sambut, tunggu kat tangga orang-orang yang datang melawat.. hehe.. Ada yang tanya, "sapa yang bersalin ni sebenarnya?".. kadang-kadang, saya jugaklah tolong buat air dan goreng kuih untuk yang datang melawat, walaupun lepas bersalin.. haha. kene marah sebab terlebih cergas!!!

Kalau orang tanya apa vitamin Shaklee FAVOURITE saya, saya akan cakap ESP dan B complex. Even semasa puasa pun xrasa penat sampai ke petang bila amek vitamin Shaklee ni. Buat macam-macam kerja kt rumah, basuh baju, jemur baju, menyapu, masak, jaga baby dan lain2 sampai tengah malam pun masih cergas. tambah lagi sekarang dah jadi pengedar Shaklee pulak.. masa lagi macam tak cukup, nak buat macam2..eheh ;p Stress pun xde...sbb B complex ade ;) Selain tu semestinya Alfalfa la, sebab susu memang sangat meriah. Smpai baby tersedak-sedak minum. Tapi makan vitamin bukan semata-semata sebagai milk booster kan, yg penting sbb nak sihat n nk bg nutrisi yang terbaik kat baby melalui susuibu..

Sekarang moto saya Shaklee-kan rumah saya.. saya dah cuba set breatfeeding, ESP, pencuci muka Nutriwhite, Shampu Prosante dan Basic H.. Coming adalah Ostematrix, Nutriferon, dan tambahan produk penjagaan rambut.. ehehe.. Semua pun best!!!! Tak abes kalo nak cerita semua tentang produk shaklee yang semuanya saya sangat suka... ;)
----------------------------------------------------------------------------------------
Haaaa..tu diaaa..panjang lebar Pn Hafsah bercerita sebab beliau teruja dan sangat-sangat ingin berkongsi kebaikan Set Penyusuan ini dengan kita semua..Alamak..! Saya lak tiba-tiba rasa nak minum segelas ESP..hehe.. Oklah nak gi bersahur dulu, nak minum ESP+Milo.. nyum..nyum..:-)))


Jika anda berminat utk mendapatkan rangkaian supplemen inisila emel saya di rafaliah@yahoo.co.uk atau contact saya di talian             012 2541296       atau PM di Facebook page UmmiIrfan Online Shoppe.


Lots of Love..
Puan Lia [UmmiIrfan]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
012-2541296            012-2541296       | rafaliah@yahoo.co.uk



*Click here to order.


**COD disekitar Dengkil, Putrajaya, Sepang dan Banting.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, Kota Warisan, Dengkil, Putrajaya. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in