Sunday, April 1, 2012

Jom Kenali Vitamin B-Complex

Vitamin B-kompleks terdiri lapan vitamin berbeza. Lapan vitamin adalah tiamina (B1), riboflavin (B2), niasin (B3), Pantothenic acid (B5), pyridoxine (B6), Biotin (B7), asid folik atau folat (B9) dan cobalamin (B12). Vitamin B memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan dan metabolisme badan, serta kesihatan enzim yang membantu dalam tindak balas kimia. Vitamin B terdapat dalam buah-buahan, sayur-sayuran, daging dan kekacang.


Jom kita tengok apakah jenis dan kegunaan vitamin B ni:


Thiamin digunakan untuk metabolisma tenaga. Thiamin memberi bau kurang enak pada vitamin B.


Riboflavin juga terlibat dalam metabolisme tenaga. Roboflavin memberikan warna kuning pada urine.


Niasin adalah sebahagian daripada ko-enzim yang digunakan pada metabolisme tenaga.


Asid Pantothenic juga co-enzim yang mempunyai peranan dalam metabolisme tenaga.


Pyrodoxine membantu asid amino dan untuk metabolisme asid lemak serta pembentukan sel darah merah.


Biotin pula terlibnat ko-enzim dalam metabolisme tenaga, lemak, pembentukan glikogen dan metabolisme asid amino.


Folat/asid folik mempunyai peranan penting dalam pembentukan sel baru. Oleh itu tidak hairan folat/asid folik penting untuk ibu hamil dan menyusu.


Cobalamin, yang memainkan peranan dalam pembentukan sel baru, sel saraf dan membantu untuk memecahkan asid amino dan asid lemak.


Vitamin B Complex yang terbaik adalah yang mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B. Vitamin B adalah larut air dan tidak disimpan di dalam badan. Jadi untuk anda yang sering keletihan, B omplex adalah saranan terbaik untuk anda.



Hubungi saya untuk mendapatkan Vitamin B-complex ini! Harga retail ialah RM53.75 sebotol.

**Click here to Order.

Lots of Love..
UmmIrfan

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, Kota Warisan, Dengkil, Putrajaya. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in