”Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari bingung dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari pengecut dan kikir. Dan aku berlindung kepada Engkau dari lilitan hutang dan kesewenang-wenangan manusia.”

Sunday, April 22, 2012

Ketahui VITAMIN UNTUK KULIT ~ Gabungan Vitamin A B C D E K

Wahh...tu diaaa...bz bebenor weekend nih..Dengan COD ke sana ke sini..pastu my sister datang umah, my friend ada buat BBQ kat rumah dia..fuhh! memang tak sempat-sempat rasanya..Tapi takpe, demi My Lovely Customer, order anda akan sampai walau di mana jua saya berada..tak boleh COD, saya akan pos..saya berada di mana itu tidak penting, yang penting DI MANA ANDA BERADA..(^_^)
Anyway, malam ni cuma nak update tentang gabungan Vitamin untuk kesihatan dan kecantikan kulit ..Jom baca ni..penting kena tahu tau sebab kita perlu ambil tahu setiap Vitamin yang kita makan tu apa manfaatnya untuk kulit kita..
Kulit cantik idaman semua orang terutama wanita. Siapa taknak kulit mulus macam kulit bayi kan. Tak hairanlah pasaran untuk produk penjagaan kulit amat luas, dari penjagaan dalaman (makan) hinggalah kepada yang luaran (sapu).
Macam2 produk dan revolusi produk kecantikan dari dulu sampai sekarang. Termasuklah produk2 yang mendatangkan mudarat… banyak kali kita dengar wanita2 yang teruja nak cantik, tiba2 menjadi semakin ‘hodoh’ akibat pemakaian produk2 yang bukan je tak sesuai, tapi bahaya!
Hati2 bila pilih produk kecantikan, banyak yang menggunakan bahan kimia yang beri kesan cepat.. tapi kesan sampingan yang banyak…
Jom kita ketahui apa sebenarnya ‘makanan’ untuk kulit kita, dan apakah yang betul2 sihat untuk kulit?
Itulah gabungan adik-beradik A, B, E, D, E & K!
Vitamin A
Vitamin A adalah vitamin yang penting untuk kulit yang sihat. Kekurangan yang serius atau pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kulit kering, kasar & masalah-masalah lain. Elemen vitamin A seperti retinoid, membantu menyelesaikan masalah jerawat dan kesan dari sinaran matahari.
Vitamin B
Vitamin B yang paling penting untuk kulit adalah Biotin, iaitu nutrien yang membentuk asas sel-sel kulit, kuku, dan rambut. Kekurangan Biotin menyebabkan dermatitis (kulit yang gatal, bersisik) atau keguguran rambut.
Niasin pula membantu melembabkan kulit. Niacin juga mempunyai sifat anti-keradangan untuk melegakan kering terutama yang mengalami masalah gatal2 atau sunburn. Dalam kepekatan yang tinggi, ia juga boleh berfungsi sebagai agen pencerah bahkan meratakan warna kulit.
Vitamin C
Memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan luka pada kulit dan mencegah skurvi. Vitamin C juga membantu meremajakan kulit dan menjadikan ia kelihatan lebih muda.
Vitamin D
Vitamin D adalah antioksidan dan anticarcinogen, memainkan peranan dalam menyelesaikan 
kulit berjeragat.
Vitamin E
Vitamin E adalah antioksidan yang membantu mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas. Radikal bebas menjadi lebih banyak dalam keadaan dunia sekarang dengan pencemaran, stress dan sebagainya.
Vitamin K
Vitamin K berperanan mengurangkan penggumpalan darah, berkesan untuk mengurangkan dark circle pada mata. Mata panda la orang kata.
Protein
Protein penting dalam pembinaan sel. Untuk sel-sel badan yang cantik, dapatkan protein yang cukup dan mudah diserap badan.
Apakah yang lebih berkesan, sapu atau makan? Bagi saya, yang makan lebih baik kerana ia melibatkan seluruh tubuh kita. Bila tubuh sihat, hati senang, wajah ceria, kulit pun cantik!
------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda berminat utk mengetahui jadual mkn, dan tips ekslusif serta option supplemen bersesuaian dengan bajet anda,  sila emel saya di rafaliah@yahoo.co.uk atau contact saya di talian             012 2541296       atau PM di Facebook page UmmiIrfan Online Shoppe.

Lots of Love..
UmmIrfan

*Click here to order.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email