Wednesday, March 14, 2012

Jenis-jenis diabetes

Selain Diabetes Type 1 dan Diabetes Type 2, sebenarnya ada banyak lagi jenis2 penyakit kencing manis yang telah ditemui.

DIABETES SEMASA MENGANDUNG

Yang biasa kita dengar ialah kencing manis semasa mengandung atau gestatinal diabetes melitus (GDM) yang biasa dihidapi oleh ibu-ibu hamil, walaupun asalnya tiada masalah diabetes.



GDM disebabkan oleh hormon yang dihasilkan oleh tubuh ibu semasa kehamilan untuk 'membenarkan' kehadiran dan tumbesaran bayi, bertindak menganggu pengeluaran insulin.

Ia menyebabkan ibu mengalami keadaan gula yang tinggi dalam darah. Antara kesannya bayi menjadi besar atau terlalu kecil, pre-eklampsia, kelahiran pramatang dan sebagainya.

DIABETES MODY

Diabetes Mody atau nama penuhnya Maturity-Onset Diabetes of the Young adalah penyakit genetik di mana gen bermutasi (mengubah DNA) dan mengganggu penghasilan insulin.

DIABETES LADA atau DIABETES TYPE 1.5

Diabetes jenis ini adalah sejenis autoimune disorder, berlaku bila seseorang itu memiliki antibodi GAD65 yang menyerang sel beta. Sel beta adalah sel yang menghasilkan insulin dalam pankreas.

DIABETES TYPE 3

Mungkin penemuan terbaru tentang diabetes, diabetes type 3 juga dipanggil brain diabetes. Kajian menemui bahawa selain pankreas, otak juga mengeluarkan insulin, dan apabila proses ini terganggu, ia membawa kepada type 3 diabetes, yang dikaitkan dengan penyakit alzheimer.

DIABETES INSIPIDUS

Selain Diabetes Mellitus, satu lagi jenis diabetes adalah diabetes insipidus (DI) di mana keadaan tubuh yang tidak dapat mengekalkan air dalam badan. Penderita DI memiliki ketidakseimbangan hormon yang menjadikan ginjalnyabaktif menyahidrat tubuhnya.



SUPLEMEN UNTUK PENDERITA DIABETES






****PERIKSA DENGAN DOKTOR ANDA SEBELUM MENGAMBIL SEBARANG SUPLEMEN, SEKIRANYA ANDA TURUT MENGAMBIL UBAT-UBATAN ATAU SUNTIKAN INSULIN. INI KERANA SESETENGAH VITAMIN/MINERAL MEMPUNYAI TINDAKBALAS TERHADAP UBAT.
------------------------------------------------------------------------------

Inginkan maklumat lanjut?
Sila hubungi saya di             012-2541296       | rafaliah@yahoo.co.uk utk sebarang pertanyaan | pesanan anda


Lots of Love..
UmmIrfan

(COD: Sekitar Bandar Baru Bangi, Putrajaya, Dengkil dan Sepang)

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. I am a Shaklee Independent Distributor.**

6 comments:

Masya

macam² rupanya ... baru saya thu....

rafaliah

Yup..banyak jenis..itu sebab saya suka sharing info kat sini..;-)
thanks Masya for ur visit..;-)

rafaliah

yes..thank you all for your visit..;-)

QasehnyaRania

cisku datang baca tambah pengetahuan..

mak aii..byk nya jenis diabetis...gerun je bila baca...

kena hati2 dan berjaga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, Kota Warisan, Dengkil, Putrajaya. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in